~"Manusia bagaikan layang-layang, dimana sering terikat dengan sesuatu...tidak dapat bebas dengan sempurna kecuali tali itu putus barulah ia bebas melayang..."~
Ads
Showing posts with label Luahan. Show all posts
Showing posts with label Luahan. Show all posts
Wednesday, November 14, 2012
Andainya...
Andainya aku dikurniakan anak perempuan... Lagu ini akan aku tujukan untuknya... Tapi bilakah masa tu.. kawen pn blom..huhuhu.. =(.
[ Salah satu lagu Maher Zain yang baru... =). ]
Tuesday, June 26, 2012
Kerja Oh Kerja...
Huh! Penat betul aku rase develop system ru yang entah bila akan siap ni. Kadang-kadang aku rasa jeles dengan pekerjaan yang tak melibatkan akal fikiran yang maksimum macam aku ni. Boleh seronok2 dan rilek2 sikit. Cam repair pc or tengok2 sistem yang dah sedia ada. Takdela nak penat sangat. Kalau pun penat, hanya fizikal je yang penat. Berehat sekejap hilanglah penatnya. Tp aku selagi belum siap sistem ni selagi tula otak aku berpusing nak cari operasi2, persamaan, calculation dan macam2 lg2 la. Nak enjoy cikit pun tak senang. Nak wat camner, dah keje dan minat sikit. Kalau minat pun tapi tak setimpal dapat dengan apa yang diusahakan tak best gak kan. Seronok tengok orang lain yang tak perlu nak fikir pasal develop sistem, siap main fesbuk, kadang2 dengar lagu dan tengok video..haha. Aku ni nak bukak fesbuk pun takde mood. Dah berkurun aku tak aktif kat fesbuk. Lgpn dah mula bosan ngan fb.
Penat...disebabkan sistem ni yang nak kena present next meeting la aku terpaksa korbankan masa rilek2 aku kat opis ni. Sebab sistem baru, sume kena baru...lainla kalau sistem yang dah ada, bolehlah edit2. Takdela nak pening pasal flow lagi...huh.
Kepada korang(especially seopis ngan aku), kalo aku wat dek je, tak layan, tak aware, kurang concern, sorila aku ngah khusyuk duk fikir pasal sistem tu. Dan kalau sekiranya ada aduan @ masalah daripada staff aku kurg 'care' sikit, maafla, kepala aku dah cukup penat nak fikir pasal ru. Lainla kalau gaji aku masyuk. Ni gaji seciput je, nak wat keje yang lebih dari sepatutnya...fuh, tak sanggup..no..no..no..ni pun kalau kat tempat lain, gaji develop sistem pun dah brape agaknya, tu pun develop ramai2, dan kalau jual pun berapa agaknya boleh dapat. Ni kira ok la jugak aku buatkan tuk company. Kalau nak company beli, berapa riban nak kena bayar. Dahla company sekarang dah tunggang-langgang. Ru ni, tengok kat luar je nampak senang, cer try wat nak tengok..Mau tak sakit kepala kalau seorang je yang buat...kalo stakat design senangla, ni smpi dbase skali..huhu.
Wednesday, April 25, 2012
);
25/02/2012...Today... It seems like i feel to seek another job... It seems like i feel to seek go other place and other environment. And maybe need a rest for a while. But, it also maybe the starting of my journey. I'm confusing and questioning. Its good or enough for me? Or it just a beginning? Or is it good for me? Ya Allah please show me the sign dan permudahkanlah segala yang terbaik untuk hambaMu ini... YOU are the Most Gracious and the Most Merciful. YOU are All Knowing. Amin.
*Mood=Confusing ;(
Wednesday, February 1, 2012
Hmmmm...

Verse 1
Sesaat Kau Datang...
Sesaat Kau Hilang...
Kemunculan dirimu...
Penuh misteri...
Verse 2
Kau Mendekat...
Kau Menjauh...
Kau tinggalkan diriku...
Sesudahnya kau membuang
Mencampakkan aku...
Verse 3
(Alif)
Its not that i dont love you
I just dont want to hurt you
I cant let go of all the good times we share together
(Syarif)
I hate to be cold but i got to let you go
Chorus:
Sungguh kejamnya dirimu...
Mengkhianati cinta yang ku semat di jiwa
Kau hancurkan segala harapan...
Kau remukkan cinta yang telah kita bina...
Ha...Ha...Ha...Ha...Ha...Ha...
Jika sudah kau mencintai dia
Putuskan aku dengan baik caranya
Walaupun sakit hati ku rasa
Sesungguhnya aku tak rela...
Kerna hatiku masih mencintai
Dirimu dengan sepenuh hati...
Tapi ku ikhlas melepaskanmu...
Karena aku manusia biasa...
Verse 4
(Alif and Syarif)
Nothings easy girl
Nothings easy girl
Aint nothings easy i hope you understand me girl
Nothings easy girl
Aint nothing in this world
Could ever compare to what we had
Whats gone
Repeat Chorus:
Sungguh kejamnya dirimu...
Mengkhianati cinta yang ku semat di jiwa...
Kau hancurkan segala harapan...
Kau remukkan cinta yang telah kita bina...
Ha...Ha...Ha...Ha...Ha...Ha...Ha...Ha...
Jika sudah kau mencintai dia
Putuskan aku dengan baik caranya
Walaupun sakit hati ku rasa
Sesungguhnya aku tak rela...
Jika sudah kau mencintai dia
Putuskan aku dengan baik caranya
Walaupun sakit hati ku rasa
Sesungguhnya aku tak rela...
Jika sudah kau mencintai dia
Putuskan aku dengan baik caranya
Walaupun sakit hati ku rasa
Sesungguhnya aku tak rela...
Kerna hatiku masih mencintai
Dirimu dengan sepenuh hati...
Tapi ku ikhlas melepaskanmu...
Karena aku manusia biasa...
Verse 5
Tiada salahku kepada dirimu
Kau buatku sengsara
Kau buat kecewa
Ku Harap ada karma
Yang datang kepadamu...kepadamu
[ Info: www.liriklagumuzika.com. ]
**Bila nak = datang, bila x nak = buang, cam boneka...erm, camtu kot maknanya...ape2 pn renung2kanla...
S.E.R.A.B.U.T.

Kebelakangan ini aku rasa berserabut kerana banyak benda yang bermain-main, berputar-putar, melompat-lompat dalam benak kepala aku ni, dan aku rasakan semua benda dan keputusan yang telah aku buat adalah tak berapa pasti kepersisan hasilnya.
Banyak perkara yang perlu difikirkan, keluarga, kerjaya, mylife, dan my future life a.k.a personal thing. Pasal kerjaya, baru-baru ini aku pernah dapat offer kerja berdekatan rumah aku di kampung, akan tetapi di sebabkan alasan yang tidak berapa pasti pucuk akalnya, aku menolaknya... dan sekarang timbul sedikit keraguan dalam hati aku, adakah betul keputusan yang aku buat itu yang hanya beralasankan perkara yang seringkali berubah-ubah? betul ke? Mungkin aku masih tidak cukup tegas lagi dalam membuat keputusan. Bak kata pepatah, "what past is a past..." tetapi bagi aku ada sesetengah perkara yang telah berlalu harus direnungkan kembali untuk dijadikan iktibar, pengajaran, rujukan dan ilmu pengetahuan.
Bagi aku, kerjaya sekarang okla... cuma...adala...tak semua 100% sempurna kan...erm...disebabkan dulu aku penah terfikir untuk bekerja di kampung, tapi bila dah ada peluang, ada pulak sesuatu yang muncul untuk dijadikan alasan... Itulah namanya pengorbanan kot, "untuk mendapatkan sesuatu keputusan, kita harus korbankan sesuatu keputusan yang lain" dan sekarang ni...ntahla... itulah topik S.E.R.A.B.U.T...ku. =(
Thursday, September 15, 2011
Listen To Your Heart...

I know there's something in the wake of your smile,
I get a notion from the look in your eyes, yea,
You've built a love but that love falls apart,
Your little piece of heaven turns too dark.
Listen to your heart,
when i'am calling for you,
Listen to your heart,
there's nothing else you can do,
I don't know where you're going,
and I don't know why,
but listen to your heart,
before you tell me goodbye.

Sometimes you wonder if this fight is worthwhile,
The precious moments are all lost in the tide, yea,
They're swept away and nothing is what is seems,
the feeling of belonging to your dreams.
And there are voices,
that want to be heard,
So much to mention,
but you can't find the words,
The scent of magic,
the beauty that's been,
when love was wilder than the wind.
Listen to your heart,
when i'am calling for you,
Listen to your heart,
there's nothing else you can do,
I don't know where you're going,
and I don't know why,
but listen to your heart,
before you tell me goodbye.
[ Entah kenapa tiba-tiba aku rasa sungguh jiwang malam ni, mungkin disebabkan sesuatu, kepada dia, maafkan saya...kerana sekiranya menyebabkan sesuatu...Sorry...da...huhu. ]
**Aku juga manusia biasa, punya hati dan perasaan untuk menyayangi dan disayangi...fuh!, jiwang tol malam ni..;)
Monday, July 4, 2011
Sifat Hasad Dengki...

Masyarakat kita amat mudah sekali terjebak dengan pelbagai bentuk konflik. Sering kali konflik yang tercetus melarat-larat pula kepada pertelingkahan emosi hingga terputusnya ikatan ukhwah dan terlerainya kasih sayang yang selama ini menjadi asas kekuatan umat Islam. Perselisihan yang berakar-umbi kepada konflik juga selalunya disulami dengan perlakuan ekstrem dan songsang yang sebenarnya bertentangan dengan prinsip dan nilai yang digariskan syariat.
Jika diamati secara objektif, kita akan dapati bahawa kebanyakan konflik yang melanda umat bermula dengan sikap hasad dengki yang dibiarkan menyubur dalam sanubari masyarakat. Perasaan hasad dengki ini jugalah yang mendorong umat untuk melakukan perbuatan terkutuk seperti adu-domba, fitnah-memfitnah dan berburuk sangka antara satu sama lain yang akhirnya mencetuskan konflik getir di kalangan anggota masyarakat.
Rasulullah s.a.w. sendiri memperakui betapa elemen hasad dengki dan segala perbuatan yang boleh menjejaskan hubungan kemanusiaan mestilah dihindari sekiranya kita benar-benar ingin menzahirkan ketaatan seutuhnya kepada Allah. Dalam sebuah hadis, Nabi s.a.w. menegaskan:
Imam Al-Ghazali di dalam kitabnya Ihya’ Ulumuddin menggariskan bahawa sifat hasad dengki sebenarnya lahir apabila timbulnya rasa kurang senang dalam jiwa seseorang terhadap nikmat yang dikecap oleh orang lain. Perasaan cemburu ini lantas menjurus manusia kepada perlakuan keji dan mungkar lain lantaran begitu berharap agar nikmat yang dikecap orang lain tercabut daripada mereka.
Yang pasti, manusia yang diselaputi dan dirasuk dengan perasaan hasad dengki sanggup melakukan apa sahaja termasuklah mengadu-domba dan menyebar fitnah hanya kerana tidak mahu melihat orang lain lebih senang daripadanya atau memperoleh sesuatu yang tidak mampu dikecapinya.
Fenomena hasad dengki seperti ini hakikatnya cukup mengakar dalam masyarakat Melayu Islam di semua peringkat ketika ini. Dalam dunia politik umpamanya fenomena cantas-mencantas dan adu-domba bagaikan asam garam yang begitu sukar untuk dibendung. Begitu juga dalam bidang perniagaan, sikap tidak suka melihat orang lain menikmati kejayaan setanding atau melebihi diri sering kali menjurus manusia kepada budaya pertandingan yang saling jatuh-menjatuhi antara satu sama lain.
Suasana ini berlaku kerana umat sedang mengalami kecelaruan dan kedangkalan pemikiran mengenai konsep rezeki Allah yang dikurniakan ke atas hamba-Nya yang bertakwa dan ikhlas berusaha. Usaha yang dimaksudkan pastilah tidak memerlukan seseorang menjatuhkan orang lain demi mengejar apa yang dicita. Ini kerana Islam melarang pengikutnya memandang kenikmatan yang diperoleh orang lain dengan pandangan seorang musuh yang hatinya dipenuhi kebencian, kemarahan dan ketamakan untuk memiliki.
Sebaliknya asas aqidah yang meletakkan kepercayaan mutlak bahawa Allahlah Yang Maha Pemberi Rezeki (Ar-Razzaq) menumbuhkan sikap yang lebih jernih bahawa setiap rezeki kurniaan Allah sudah pun ditentukan-Nya berdasarkan potensi jasmani, rohani dan kepintaran setiap individu. Ini bermakna tidak ada apa-apa yang mampu menghalang seseorang memperoleh rezeki yang ditetapkan Allah kepadanya walau pelbagai usaha dilakukan manusia untuk menafikannya.
Sejak zaman Nabi s.a.w. lagi wujud golongan seperti ini yang sentiasa berangan-angan ingin memiliki segala kurniaan Allah yang dianugerahkan kepada orang lain sehingga tumbuhnya perasaan hasad dengki bahkan melarat-larat sampai kepada perilaku fitnah, adu-domba dan jatuh-menjatuhi antara satu sama lain. Maka Allah pun menurunkan ayat berikut:
Demikianlah peringatan tegas dan jelas yang diberikan Allah agar umat sentiasa berpegang kepada keyakinan aqidah yang teguh bahawa rezeki itu hanya datang daripada Allah semata-mata. Dengan menjiwai prinsip inilah, umat akan dihindari daripada perasaan hasad dengki yang membinasakan. Sebaliknya tumbuh menyubur perasaan qanaah atau rasa berpuas hati dengan apa sahaja rezeki kurniaan Allah kepada kita.
Justeru itu, bersempena Peristiwa Isra’ dan Mikraj yang lepas amat penting kita kembali bermuhasabah dan melakukan penghijrahan budaya ke arah mengurangkan konflik sesama sendiri yang berakar-umbi kepada penyakit hasad dengki. Sesungguhnya matlamat mengembalikan kegemilangan tamadun Islam tidak mungkin tercapai sekiranya masih mengakar budaya hasad dengki dalam kehidupan masyarakat.
[ Petikan: ]
Sabda Rasulullah S.A.W:
“Jauhilah olehmu sekalian akan sifat dengki, kerana sesungguhnya dengki itu menghapuskan kebaikan, sebagaimana api menghanguskan kayu bakar. "(Al-Hadis).
Setiap kali seorang muslim melakukan kebaikan, dia akan beroleh pahala. Tetapi, apabila dia memiliki sifat dengki, amalan kebaikan yang dilakukannya akan terhapus gara-gara perasaan keji itu.
“Tidak termasuk golonganku si pendengki, orang mengadu domba, orang yang mempunyai ilmu menilik dan aku pun tidak daripada golongannya.” (Al-Hadis)
Ini bererti amat rugilah mereka yang mempunyai perasaan hasad dengki dan iri hati kerana tidak akan memperolehi syafaat Rasulullah s.a.w. di akhirat kelak.
“Rasulullah s.a.w. ditanya mengenai enam golongan yang akan ditempatkan ke dalam neraka. Rasulullah s.a.w. menjawab: Enam golongan orang yang akan dimasukkan ke dalam neraka ialah pemerintah yang menganiaya, orang Arab dengan sifatnya yang fanatic, penjajah dengan keangkuhan mereka, usahawan dengan perbuatan khianat, orang kampung dengan kebodohan mereka dan ulama dengan sifat dengki mereka.”
Hasad dengki boleh menyebab-kan seseorang itu sukar memahami ilmu agama dan hukum hakam.
Ini boleh terjadi kerana tumpuan hanya diberikan kepada mencari jalan bagaimana hendak memperolehi nikmat yang dikecapi oleh orang lain di samping mencari muslihat bagaimana mengikis nikmat atau menjatuhkan orang yang didengki. Keghairahan dalam mencapai matlamat yang tidak baik itu melalaikannya daripada mengingati Allah. Dan keadaannya akan lebih parah lagi bilamana tidak timbul keinsafan dalam dirinya kerana ia boleh merenggangkan hubungannya dengan Allah. Situasi ini sesuai dengan sekuntum kata-kata hikmat yang berbunyi:
“Orang yang berhasad itu tidak akan menuai hasil keuntungan.”
Sunday, January 10, 2010
Luahan Kesepian...

Tak ada yang tau rupa hati ini
Yang sepi melenggang sendiri
Berkawan angan-angan dan mimpi-mimpi
Bernyanyi bisu merintih sepi
Hidup dalam temaram dunia yang kelam
Kesepian menjadi samudera di dalam jiwa
Dan selama ini topenglah yang berkaca pada dunia
Syarat pelengkap kemunafikan segala
Mungkin hati ini tak layak untuk disayangi
Tanpa gerangan yang peduli
Tanpa ucapan dari hati
Tanpa kata penguat diri
[ Petikan: Somehere... Mungkin diri ini layak utk sunyi ]
**Harap, Saat yang dinantikan akan tiba...
Thursday, January 7, 2010
PUISI UNTUK IBU

Ibu...
adalah wanita yang telah melahirkanku
merawatku
membesarkanku
mendidikku
hingga diriku telah dewasa
Ibu...
adalah wanita yang selalu siaga tatkala aku dalam buaian
tatkala kaki-kakiku belum kuat untuk berdiri
tatkala perutku terasa lapar dan haus
tatkala kuterbangun di waktu pagi, siang dan malam
Ibu...
adalah wanita yang penuh perhatian
bila aku sakit
bila aku terjatuh
bila aku menangis
bila aku kesepian
Ibu...
telah kupandang wajahmu diwaktu tidur
terdapat sinar yang penuh dengan keredhaan
terdapat sinar yang penuh dengan kesabaran
terdapat sinar yang penuh dengan kasih sayang
terdapat sinar kelelahan karena aku
Aku yang selalu merepotkanmu
aku yang selalu menyita perhatianmu
aku yang telah menghabiskan air susumu
aku yang selalu menyusahkanmu hingga muncul tangismu
Ibu...
engkau menangis karena aku
engkau sedih karena aku
engkau menderita karena aku
engkau kurus karena aku
engkau korbankan segalanya untuk aku
Ibu...
jasamu tiada terbalas
jasamu tiada terbeli
jasamu tiada akhir
jasamu tiada tara
jasamu terlukis indah di dalam syurga
Ibu...
hanya do'a yang bisa kupersembahkan untukmu
karena jasamu
tiada terbalas
Hanya tangisku sebagai saksi
atas rasa cintaku padamu
Ibu..., I LOVE YOU SO MUCH
juga kepada Ayah...!!!
[ Ibu... Anakmu merantau mencari harapan. Akan tetapi terlalu banyak dugaan, hampir-hampir mengalah... Ibu... Nantikan kepulangan anakmu ini... ]
**Sayangilah, hormatilah & kasihilah ibu kita. Tanpanya siapalah kita pada hari ini
Subscribe to:
Posts (Atom)

