Ads

Showing posts with label Islam - The Right Path. Show all posts
Showing posts with label Islam - The Right Path. Show all posts

Saturday, February 25, 2012

Rukun Iman


Setiap orang yang beragama Islam wajiblah percaya dan beriman kepada 6 perkara asas dalam Islam, iaitu RUKUN IMAN yang ENAM:

1) Beriman Kepada Allah S.W.T
2) Beriman Kepada Para Malaikat
3) Beriman Kepada Kitab-Kitab
4) Beriman Kepada Para Rasul
5) Beriman Kepada Hari Akhirat
6) Beriman Kepada Qada' Dan Qadar


Sunday, June 12, 2011

Rukun Islam


Antara perkara-perkara asas yang wajib diketahui oleh setiap Muslim adalah Rukun Islam. Rukun Islam ini bukan hanya wajib diketahui malah WAJIB DILAKSANAKANNYA. Jika tidak, Islam kita tidak akan sempurna.

Ada 5 perkara:
1) Mengucap dua kalimah syahadah
2) Mendirikan solat lima waktu setiap hari
3) Mengeluarkan zakat
4) Berpuasa di bulan Ramadhan
5) Mengerjakan haji

1) Mengucap dua kalimah syahadah:
Sesorang yang hendak menganut agama islam hendaklah mengucap dua kalimat syahadah. Dua Kalimah Syahadah adalah asas ajaran Islam.
Syahadah Pertama menuntut kita agar mentauhidkan Allah (ikhlas).
Syahadah Kedua pula menuntut kita agar mengikuti sunnah Nabi Muhammad s.a.w.

2) Mendirikan solat lima waktu setiap hari iaitu:
i) Maghrib
ii) Isya’
ii) Subuh
iv) Zohor
v) Asar

3) Mengeluarkan Zakat
Jumlah harta tertentu yang yang wajib dikeluarkan oleh setiap muslim yang mencukupi syarat untuk dibahagikan kepada mereka yang berhak menerimanya.

4) Berpuasa di bulan Ramadhan
Menahan diri daripada sesuatu yang membatalkan puasa dari terbit fajar sehingga terbenam matahari yang disertai niat dan syarat- syarat tertentu

5) Mengerjakan haji
Kewajipan mengerjakan haji bagi setiap umat islam yang cukup syarat satu kali seumur hidup


[ ]

**Kepada saudara baru kita yang memeluk Islam, antara perkara yang pertama wajib dilakukan adalah dengan mengucap dua kalimah syahadah. Dan disusuli dengan melaksanakan rukun Islam yang lain.

Topik seterusnya rukun Iman...

Thursday, March 3, 2011

Perihal Manusia


Sesungguhnya manusia diciptakan oleh ALLAH S.W.T adalah makhluk yang paling sempurna jika dibandingkan dengan makhluk-makhluk yang lain seperti Malaikat, Jin, Iblis, Binatang dan lain-lainnya. Tetapi kita sendiri sebagai manusia kurang mengetahui atau tidak mengenali diri kita sendiri sebagai manusia. Oleh sebab itu, marilah kita mengenali diri kita ini sebagai seorang manusia, siapakah diri kita ini?, dari mana asal kita?, dan kemanakah kita nanti. Dan yang paling penting ialah bagaimanakah kita mengharungi kehidupan di dunia ini supaya selamat di dunia dan juga akhirat.

Manusia terdiri daripada 3 unsur iaitu:

1. Jasmani / jasad / fizikal / badan:
       - Terdiri daripada Tanah, Air, Kapur, Angin, dan Api

2. Roh:
       - DiciptakanNYA daripada Cahaya (Nur).
       - Fungsinya hanya untuk menghidupkan jasmani.

3. Jiwa (An-Nafsu / rasa dan perasaan):
       - Mengandungi 3 unsur:
       1) Syahwat / Lawwamah (darah hitam), dipengaruhi oleh sifat jin seperti rakus, pemalas, serakah dan lain-lain,(kebendaan/materialistic) beban kepada masyarakat.
       2) Amarah / Ghodob (darah merah), dipengaruhi oleh sifat iblis seperti sombong, perosak, pemarah, penentang kebaikan, pengacau dalam masyarakat, dan lain-lain.
       3) Natiqoh / Muttma’innah (darah Putih), dipengaruhi oleh sifat Malaikat seperti bijaksana, tenang, berbudi bahasa, baik, berakhlak tinggi, mulia, mencintai kedamaian dan kasih sayang, dan sifat-sifat baik yang lain.



Alat daripada jiwa iaitu otak, juga terdiri daripada 3 bahagian:

       1. Akal (Pertimbangan) Haq atau Bathil
       2. Fikiran (Perhitungan) Untung atau Rugi
       3. Zikir (Ingatan) Mengingati Allah

Mengambil contoh terhadap sebuah kereta, maka "body" kereta diibaratkan sebagai jasmani, sedangkan kunci sebagai Roh yang bersifat menghidupkan sahaja, manakala Jiwa adalah sebagai pemandu yang mengawal kenderaan dan bertanggungjawab terhadap keselamatannya dan kenderaan itu sendiri. Jadi, di sini jelaslah bahawa yang dikatakan manusia itu adalah jiwanya di mana dialah yang bertanggungjawab terhadap perbuatannya.

Makhluk-makhluk yang diciptakan Allah ( di mana antaranya ada yang menjadi musuh atau lawan manusia iaitu Iblis dan Jin kafir).

Ada 6 makhluk iaitu:

       1. Malaikat: Daripada Nur (cahaya) menerangi/mengawasi manusia.
       2. Iblis: Daripada Nnar (Api), sifatnya merosakkan, merupakan musuh bagi manusia.
       3. Jin: Daripada asap yang beracun (hampir menyamai kejadian iblis), sifatnya memabukkan, merupakan penggoda dan juga membantu manusia.
       4. Tumbuhan: Hanya mempunyai naluri, berfaedah untuk kesejahteraan manusia.
       5. Binatang: Syahwat dan ghodob, berfaedah untuk kepentingan manusia.
       6. Manusia: Sebagai pengatur alam, pengurus dunia(khalifah di muka bumi).

Corak-corak Manusia:
       - Mu’min
       - Kafir
       - Munafik


Perjalanan Kehidupan Manusia:
       1. Alam Arwah / Roh: Masih didalam alam suci / takdir ketentuan
       2. Alam Rahim: Di dalam kandungan ibu / Qadar ditentukan
       3. Alam Dunia / Alam Qada’: Penyelesaian / untuk sementara
       4. Alam Kubur / Alam Barzakh: Dalam tahanan alam kubur
       5. Alam Mizan: Alam Timbangan, dibangkitkan kembali untuk ditimbangi amalan
       6. Yaumil Ma’lum (Hari Pengumuman / Keputusan): Syurga bagi yang baik amalannya dan Neraka bagi yang buruk amalannya.


[ Tahukah kita...? ]

**Jadi, sama-sama kita perbanyakkan ibadah dan amalan kebaikan supaya tidak tergoda dengan hasutan iblis dan memartabatkan kedudukan manusia yang mulia ya!...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...