Ads

Wednesday, February 1, 2012

S.E.R.A.B.U.T.


Kebelakangan ini aku rasa berserabut kerana banyak benda yang bermain-main, berputar-putar, melompat-lompat dalam benak kepala aku ni, dan aku rasakan semua benda dan keputusan yang telah aku buat adalah tak berapa pasti kepersisan hasilnya.

Banyak perkara yang perlu difikirkan, keluarga, kerjaya, mylife, dan my future life a.k.a personal thing. Pasal kerjaya, baru-baru ini aku pernah dapat offer kerja berdekatan rumah aku di kampung, akan tetapi di sebabkan alasan yang tidak berapa pasti pucuk akalnya, aku menolaknya... dan sekarang timbul sedikit keraguan dalam hati aku, adakah betul keputusan yang aku buat itu yang hanya beralasankan perkara yang seringkali berubah-ubah? betul ke? Mungkin aku masih tidak cukup tegas lagi dalam membuat keputusan. Bak kata pepatah, "what past is a past..." tetapi bagi aku ada sesetengah perkara yang telah berlalu harus direnungkan kembali untuk dijadikan iktibar, pengajaran, rujukan dan ilmu pengetahuan.

Bagi aku, kerjaya sekarang okla... cuma...adala...tak semua 100% sempurna kan...erm...disebabkan dulu aku penah terfikir untuk bekerja di kampung, tapi bila dah ada peluang, ada pulak sesuatu yang muncul untuk dijadikan alasan... Itulah namanya pengorbanan kot, "untuk mendapatkan sesuatu keputusan, kita harus korbankan sesuatu keputusan yang lain" dan sekarang ni...ntahla... itulah topik S.E.R.A.B.U.T...ku. =(

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...