Ads

Thursday, November 15, 2012

Capacitive vs Resistive Touchscreen


There are several touchscreen technologies available in the market these days. Out of them 2 are very popular with mobile phones and PDA’s . “Resistive”  and “Capacitive” touch screen.



Meaning


Commonly Terms

Capacitive Touchscreen

Is a glass surface coated with transparent conductors like  indium tin oxide . As the human body is also a conductor, touching the screen with finger creates a electrostatic field, measurable as a change in capacitance. This location is then registered and action is made.

Most of the new touchscreen available in the market are now equipped with Capacitive touchscreen (pretty much all android and Apple phones). IPad,iPhone,iPod, Android Phones,Nokia N97 and All New touch screens with multi touch  have touch screens which are capacitive or something more superior than that.

Resistive Touchscreen

Are comparatively lower in price than active touchscreens. They are built with two flexible sheet coated with a resistive material and separated by microdots or air gaps. when pressed the sheets come in contact and register the contact location. Resistive technology works great with screens mostly used with stylus or any pointing object. But not very efficient in registering the pin point location when used with finger.


Scientific Terms

Capacitive Touchscreen 

The capacitive touch screen is made up of a glass panel that is coated with a material. The property of this material is that it can store electrical charge. So the capacitive touchscreens basically stores electrical charge.

But for good, Human body can also store charge. So, when you touch this screen with your finger, some of these charges on the screen gets transferred to your finger. The oscillator circuits located at the corner of your system will then sense this decrease in the charge on screen and the spot the exact location where touch occurred, and then transfers this specified information to the touchscreen driver software.

Resistive Touchscreen

Is again made up of normal glass panel. However, this glass panel in this case is coated with three layers. Two of these layers being conductive and resistive are kept apart using spacers while the third scratch-resistant layer covers the whole setup.

When the resistive touch screen system is running, current flows through these layers. On a finger touch, the two layers get connected and change in electrical field occurs. The system calculates the coordinates of point of contact and passes them to touch screen driver software.



Pros And Cons


Capacitive Touchscreen 

Pros:
  • Multi touch support available.
  • Visibility good even in sunlight.
  • Highly sensitive to finger touch leading to ease of use.
  • Not prone to dust particles.
  • Glossy look and feel.
Cons:
  • Need to have atleast 5% humidity to achieve capacitive effect.
  • More expensive than Resistive touch screen.
  • Doesn't work with inanimate objects/fingernails/gloved fingers.
  • Latest technology, may need to evolve a bit more.


Resistive Touchscreen

Pros:
  • Relatively cheaper
  • Can operate with any pointing devices like stylus, pen, nail etc.
  • Can operate at any level of humidity.
  • Ease of use, as it could be used even with your winter gloves on.
  • Very useful for people using handwriting recognition system, due to ease of use with a stylus.
  • More accurate than capacitive touch screen.
  • Old technology and hence more reliable.
Cons:
  • Multi touch support not available. Though technology did evolve after some modifications with the existing resistive touch screen circuitry, its still not 100% developed yet.
  • Highly sensitive. As it can operate with almost any sort of pointing devices, can be more vulnerable with dust particles.
  • Poor visibility in sunlight, mostly due to multiple layers reflecting light.
  • Screen, being sensitive at the upper layer, can be more vulnerable to scratches.



Video




Summary


C=Capacitive Touchscreen
R=Resistive Touchscreen
Visibility Indoors

C => Screen quality is good and clear when viewed in the room.
R => screen quality is good and clear when viewed in the room


Visibility in sunlight

C => Quality screen is good and clear when viewed outdoors.
R => Quality screen less good  and hard to see when outdoors.


Touch Sensitivity

C => Quite a bit just touches the surface of the screen will respond but could only respond to a finger and can not respond to touch of the stylus or nails.
R => Have pressed for an existing contact with the screen and can respond to pressure from the fingers, fingernails, and other stylus.


Accuracy

C => Limited accuracy in a matter of a few pixels and is limited at the touch of a finger that is so do not ever wish you well when drawing.
R => very accurate even to the pixel to pixel display with this type of consequence we can draw very well with the help of the stylus. And very useful when used for handwriting recognition (handwriting recognition).  


Cost

C => More expensive than Resistive approximately 10-50%.
R => Cheaper production costs.  


Possibility For Multi Touch

C => Possible but it depends on the existing hardware and software.
R => Not possible to be able to use the Multi Touch feature.  


Robustness

C => Use the glass when done on the outside so it will not easily scratched or broken.  
R => Because of the nature of the screen that quite smooth (can be pressed) then the risk of blisters and cracked the screen becomes larger.





http://nerdscube.com/2010/10/difference-between-resistive-and-capacitive-touch-screen/ 
http://yampblog.blogspot.com/2009/08/resistive-vs-capacitive-touch-screens.html
http://www.itechdiary.com/resistive-vs-capacitive.html

[ Pendapat peribadi kalo nak guna jari cam hp dengan lancar, lembut n senang lebih baik pilih capacitive, tp kalo nk pakai stylus wat lukis2 ka guna stylus, xnk guna jari, amikla resistive... =) ]

Wednesday, November 14, 2012

Andainya...


Andainya aku dikurniakan anak perempuan... Lagu ini akan aku tujukan untuknya... Tapi bilakah masa tu.. kawen pn blom..huhuhu.. =(.




[ Salah satu lagu Maher Zain yang baru... =). ]

Tuesday, October 23, 2012

Taktik Kotor ‘Awang Hitam’ Memperdayakan Mangsa


Nak Tahu Macam Mana ‘Awang Hitam’ Kelentong Kita? PDRM Ada Jawapannya.

Ibu Pejabat Polis Bukit Aman ada mengeluarkan panduan khas mengenai penipuan yang sering dilakukan warga Afrika kepada penduduk negara ini. Dalam erti kata lain, kalau anda dihampiri warga Afrika yang menggunakan taktik seperti mana yang dinyatakan itu, berhati-hatilah supaya anda tidak menjadi mangsa mereka.


Modus Operandi 
 
1. Mangsa berkenalan dengan saspek melalui internet (chatting/ e-mail)

2. Saspek dan mangsa akan menjadi mesra dan sentiasa berhubung melalui internet dimana saspek akan membuat mangsa mempercayainya samada dalam cinta, persahabatan atau sesuatu urusan perniagaan / pelaburan sebelum menjanjikan sesuatu kepada mangsa.

3. Setelah dapati mangsa mempercayainya, saspek memberitahu akan menghantar barangan cenderahati seperti laptop, barang kemas, mata wang asing atau modal pelaburan / perniagaan melalui perkhidmatan kourier kepada mangsa.

4. Mangsa akan dihubungi oleh saspek yang menyamar sebagai pegawai kastam KLIA atau pekerja syarikat kourier dan diminta masukkan sejumlah wang ke dalam akaun bank yang diberikan oleh saspek sebagai wang proses penghantaran. Setelah wang dimasukkan, mangsa tidak menerima barangan seperti yang dijanjikan dan saspek tidak dapat dihubungi lagi.

5. Kebanyakan saspek kes ini telah menggunakan akaun bank orang lain. Jumlah kes penipuan African scam (penipuan melalui email) yang dilaporkan pada tahun 2012 (Januari hingga Ogos) ialah 41 kes.


Nasihat: Orang ramai dinasihat supaya jangan mempercayai hubungan percintaan / perniagaan di dalam dunia siber tanpa pernah menjumpai. Jangan tamak apabila ditawarkan barangan atau bungkusan yang ditawarkan oleh saspek kononnya barangan kemas dan wang tunai. – Facebook PDRM




http://www.radioinformasi.com/2012/10/05/bagaimana-awang-hitam-memperdayakan-kita/

Monday, October 15, 2012

6 Jenis Umum Wanita Tak Layak Jadi Isteri


1. Al-Anaanah

Terlalu banyak keluh-kesah kerana merasakan segala pemberian suami dalam kehidupan bersama sentiasa tidak mencukupi. Malah, perbuatan ini juga seolah-olah menunjukkan perasaan tidak redha dengan usaha dan pemberian yang diberikan. Terlalu inginkan suami memenuhi kehendak dan nafsu sendiri tanpa melihat dan menjaga perasaan suami. Perbuatan ini mampu mewujudkan perasaan tidak hormatkan suami apatah lagi berterima kasih.


2. Al-Manaanah

Wanita yang suka mengungkit dalam satu-satu perkara. Sekiranya tidak menyukai dengan pengorbanan atau kerja yang dilakukan oleh suami, setiap perkara itu akan diungkit kerana berasa tidak senang. Mudah untuk mengeluarkan kata-kata seperti suami tidak sayangkan dirinya, tidak bertanggungjawab, tidak mengenang budi dan pelbagai lagi.


3. Al-Hunaanah

Wanita yang mempunyai perasaan menginginkan atau berkenan kepada lelaki lain. Juga suka membandingkan suami dengan lelaki lain dalam kehidupan mereka.


4. Al-Hudaaqoh

Wanita yang suka memaksa suami sekiranya inginkan sesuatu atau dalam menyuruh melakukan sesuatu kerja. Sentiasa menekan suami tidak kira masa kerana mahukan nafsunya dipenuhi dan suami diperlakukan seperti orang suruhan. Jika tidak ditunaikan, akan memberikan ugutan seperti ingin lari dari rumah, mahu bunuh diri atau mencemarkan maruah suami sendiri.


5. Al-Hulaaqoh

Wanita yang sibuk menghabiskan masanya dengan perkara yang tidak berfaedah seperti suka bersolek, tidur, dan sebagainya hingga mengabaikan urusan rumah tangga. Malah, langsung tidak melakukan perkara-perkara yang sunat seperti zikir atau pun menjaga anak-anak.


6. As-Salaaqoh

Wanita yang gemar berbicara dan bergosip mengenai suami. Sentiasa memburukkan perihal diri suami di mata orang lain.





[ “Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji adalah untuk wanita-wanita yang keji. Dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik.” – An-Nur; 26. ]

Sunday, October 14, 2012

Berbaloikah Perhubungan Jarak Jauh Suami Isteri?


Rasa untuk bernikah adalah fitrah yang ALLAH datangkan dalam diri setiap hambaNYA. Manusia merindukan kasih sayang hidup berpasangan. Kita menginginkan kemesraan dan kebahagiaan melingkari kehidupan bila mana kita memilih untuk bernikah.

Namun situasi hari ini, suami dan isteri kadang-kadang menghadapi dilema perpisahan - perhubungan jarak jauh - kerana tuntutan kerjaya. Berjumpa sebulan sekali atau dua kali. Atau jarang sekali.

Si isteri bekerja di negeri atau negara lain dengan gaji yang selesa. Si suami juga berada di tempat kerja lain, yang mungkin juga di kampung halaman sendiri yang menjadi keselesaan dan keutamaan.

Lalu apakah nilai pernikahan jika dihambat perpisahan dan kejauhan?

Suami mengharapkan belaian cinta kasih isteri, yang dulunya haram.. kini setelah halal bermesra-mesra , namun berjauhan pula?

Isteri berharap suami menjadi teman cinta yang melindungi dan menjaga dirinya dalam pelbagai perkara, namun suami jauh terpisah oleh sempadan negeri dan negara?


:: Rezeki dan ekonomi ::
 

Pandangan peribadi saya, isteri lah yang wajar mengikut jejak suami, walau di bumi mana sekalipun suami bertugas. Apatah lagi, jika ia adalah permintaan suami, maka isteri wajib berusaha untuk taat dan melepaskan kerjayanya. (Namun ada kerjaya tertentu seperti tentera, kelasi dll yang pastinya tidak memungkinkan isteri mengikut suami).

Kewajipan untuk taat dan mengikut suami bukanlah syariat ALLAH yang zalim. Maha Suci Allah dari semua itu. ALLAH sebaik-baik penyusun kehidupan, maka kita bersangka baik bahawa semua sistem dan peraturan yang ALLAH letakkan antara suami dan isteri adalah untuk memelihara kehidupan bekeluarga.

Kalau berhenti kerja, atau bertukar kerja.. akan memberi kesan kepada gaji dan pendapatan?

Usah bimbang, yakinlah ALLAH adalah pemberi rezeki yang sempurna. ALLAH menyusun setepat-tepatnya rezeki buat kita semua – suami, isteri, anak-anak, ibu bapa hatta setiap manusia itu ALLAH telah tetapkan rezekinya.

Kita hanya perlu berusaha pada kadar yang kita mampu.

Jika suami meminta isteri berhenti kerja, suami juga menyatakan kemampuan menanggung isteri sepenuhnya, subhanallah..inilah yang terbaik. Terbaik kerana terungkap dalam firman ALLAH, bahawa lelaki itu yang seharusnya menyara kehidupan seorang isteri.

Maka dengan keringat suami bekerja, akan cukup makan minum dan pakai seorang isteri. Punya tempat berteduh. Punya kenderaan yang boleh membawa suami dan isteri ke mana-mana.

Namun harus diingat, gaji suami tak akan pernah cukup untuk isteri yang ‘high maintenance’.. banyak keinginan material dan punya nafsu shopping atau berbelanja yang tinggi..

Selain itu, benar sekali kata-kata yang biasa didengar “anak itu rezeki...”.

Ya, ALLAH jua telah tetapkan ada rezeki untuk anak-anak itu, kita hanya berusaha mencarinya dengan cara yang terbaik, bukan dengan cara yang boleh mengancam hubungan suami isteri.

Mak ayah kita orang susah…?

Bantulah ibu dan ayah mengikut kemampuan kita..dan sebenarnya, adakah ibu dan ayah hanya perlu pada duit dan sumbangan material kita?

Tak. Maka jangan disempitkan erti memberi dan berbakti pada ibu dan ayah.

Sesungguhnya ibu bapa memerlukan anak yang soleh itu lebih dari segala-galanya.

Anak yang soleh, mendoakan keselamatan dan kebahagiaan ibu ayah di dunia dan akhirat. Apatah lagi jika ibu dan ayah semakin tua, anak-anak terlebih lagi perlu mengingatkan ibu dan ayah kepada dunia yang akan habis dan ditinggalkan.

Berharganya pemberian anak-anak bukan pada nilai ringgit malaysia dua ratus atau dua ribu sebulan, tapi pada keikhlasan dan istiqamah dalam menghulurkan. Ini yang menjadi nilaian ALLAH.

Anak yang soleh adalah anak yang bertaqwa. Bukankah ALLAh telah berjanji, akan sentiasa ada rezeki buat hamba-hambaNya yang bertaqwa?

Dan bertaqwa itu datangnya dari ilmu. Maka suami dan isteri usahakan mencari ilmu agama dan dunia dengan seimbang. Dalam sibuk mencari rezeki, usahakan ke kelas agama- belajar Al Quran dan Hadis, belajarlah ilmu-ilmu ALLAh yang memandu kita kepada kebahagiaan sebenar.

Supaya kemudian, bila ilmu dan taqwa menjadi bekal diri… hati merasa lapang, lagi merasa cukup dengan pendapatan bulanan. Mampu menjadi suami dan isteri yang bahagia bersyukur dengan rezeki ALLAH.

Dan yang penting juga, perlu memiliki pengurusan kewangan yang baik. Selain belanja kita suami isteri, hutang-hutang, bil-bil, sewa rumah dan kereta, jangan lupa masukkan dalam bajet bulan – sumbangan atau sedekah kita pada ibu ayah, adik beradik dan ahli keluarga terdekat. Boleh juga disediakan bajet untuk sedekah pada insan-insan yang memerlukan.

.:: If you want to feel rich, just count all of the things you have that money cannot buy ::.
 
Setelah mengatur kewangan dengan baik, setelah berusaha dan berdoa pada ALLAH agar dilapangkan rezeki…apakah masih tidak cukup gaji bulanan..?

Ayuh muhasabah harta benda yang dimiliki..Mungkin ada di sana sini yang kita berbelanja mengikut nafsu...

Berapa almari pakaian kita? Berapa banyak handbag kita? Berapa pasang kasut yang kita miliki? Jam tangan, handphone, alat make-up, perhiasan diri dan rumah… semua ini dibolehkan namun bersederhanalah…


:: Duduk jauh vs duduk sekali ::

Setelah duduk satu rumah, hari-hari bertemu muka… awal-awalnya kalian merasakan kebahagiaan hidup berdua. Saling memanjai, saling berkasih sayang, segala aktiviti terasa ‘sweet’ dan indah.

Dalam masa yang sama, berhati-hatilah dengan tipudaya syaitan. Syaitan telah bersumpah di hadapan ALLAH untuk memecahbelahkan kasih sayang dan persaudaraan. Rasul SAW juga mengungkap dalam hadisnya bahawa syaitan sentiasa bersama kita dalam setiap keadaan , dan mudah mempengaruhi bila kita lupakan ALLAH.

Dan syaitan yang paling hebat mendapat pengiktirafan di kalangan ‘geng’ mereka adalah, syaitan yang berjaya memisah-misahkan suami isteri...

“Dulu masa bercinta ok je? Dulu masa duduk jauh ok je? Kenapa sekarang macam banyak je yang tak kena.. Asyik nak bergaduh…”

Saat berjauhan, hati sering merindu. Ada rasa teruja dan bersemangat menanti pertemuan saban minggu atau saban bulan. Hati dan diri berusaha memberi yang terbaik pada pasangan.

Namun bila duduk satu rumah, semakin banyak perkara yang dihadapi bersama, pastinya suasana menjadi lain. Apatah lagi perasaan cinta selepas bernikah, sukar untuk terus segar seiring dengan masa.

Percayalah...semua pasangan akan berkonflik untuk fasa membangunkan keserasian dan kefahaman. 

Jadi harus positif, bersedia untuk belajar dan berubah. Kebahagiaan dalam pernikahan tidak subur dengan sendirinya, perlu konsisten berbuat baik, perlu bermujahadah untuk berakhlak baik, perlu ikhlas… mencintai dan melayani suami dan isteri kerana benar-benar inginkan redha tuhan.

Jika tidak ikhlas mencintai manusia kerana ALLAH , hati terasa sakit mencintai manusia. Tanpa ALLAH di hati, hati tak mampu memaafkan.

Ujian bakal menerpa silih berganti. Ujian kewangan, ujian mertua dan ipar duai, ujian hubungan seksual, ujian kerjaya, ujian komunikasi dan lain-lain lagi bentuk ujian kecil dan besar…

Malah betapa banyaknya pasangan yang rasa ‘sesak dada’ menghadapi pelbagai-bagai perbezaan yang seakan menghapuskan cinta yang pernah mekar di dalam dada. Perbezaan psikologi lelaki dan perempuan, cara bertindak, dan cara berperasaan..jika tidak berusaha difahami, isteri semakin bosan dengan gelagat suami, suami semakin bosan juga dengan kerenah isteri...
Juga cara berpenampilan, cara makan dan minum, cara tidur, cara mengemas, cara menjaga kebersihan, cara bersosial, cara mendidik anak, cara bershopping… salah satunya atau kebanyakkan perkara ini jika tak ditangani dengan baik menjadikan hati-hati kita kecewa dengan pernikahan.

Malah jika semua bentuk-bentuk ujian ini tidak dihadapi dengan emosi dan pemikiran yang matang, bersedialah anda untuk bercerai selepas dua tiga tahun usia pernikahan...

Perkongsian ini bukan untuk menakutkan, tapi dari pengalaman isteri-isteri /jua suami-suami yang berkongsi permasalahan.

Ayuh belajar berkomunikasi dengan baik dalam hubungan pernikahan yang dijalin ALLAH ini. Ungkapkan terima kasih dan penghargaan atas perkara kecil dan besar yang dilakukan pasangan. Nyatakan ketidakpuasan hati jua teguran dengan hikmah dan bijak. Saling menasihati dengan kesabaran dan kasih sayang...

Oleh itu, andai diri bersedia untuk duduk dekat dan serumah dengan suami, bersedialah mental dan fizikal untuk melaksanakan kewajipan sebagai isteri, sebaiknya dan seikhlasnya.

Bagi yang bujang, ada yang sering merasa ‘kecederaan hati’ melihat kebahagiaan pasangan yang gambar bahagia terpapar di mana-mana blog atau forum maya, namun realitinya.. di sebalik gambar-gambar dan wajah-wajah bahagia itu, ada pasangan suami isteri itu yang lebih ‘tercedera’ lagi hati mereka dengan sikap pasangan dan situasi rumahtangga yang diuji.


:: Isteri sebagai pencorak rumahtangga – jatuh bangun rumahtangga banyak ditentukan oleh isteri ::

Dalam sebuah buku yang saya baca, jatuh bangun sesebuah rumahtangga banyak ditentukan oleh peranan isteri dan ibu. Kejayaan dan kegagalan seorang suami juga ada pengaruh besar dari isteri. Maka atas sebab itulah, saya memberi pandangan bahawa yang terbaik adalah isteri menjadi isteri dan ibu sepenuh masa. Tanpa perlu bekerja pada mana-mana majikan lain.

Cukuplah ALLAH dan suami menjadi majikan. Isteri dan ibu fokus pada membina keluarga yang menjadi tempat berteduh yang nyaman dan harmoni buat suami dan anak-anak. [Dalam masa yang sama, ada pertimbangan-pertimbangan lain yang kita bersetuju bilamana isteri terpaksa bekerja.]

Suami akan tenang bekerja, dan kuat menghadapi tanggungjawab lain di luar rumah dengan adanya isteri di rumah yang juga tenang dan kuat. Tenang lagi menenangkan. Isteri yang berilmu dan beriman. Isteri yang hatinya luas dengan kasih sayang, sabar dan bijak menghadapi suami yang stress dengan kerjaya dan ujian lain. Isteri yang cekap menguruskan kerja-kerja rumahtangga dan berhemah menguruskan belanjawan rumahtangga.

Namun bila bekerja, isteri seakan telah habis emosinya di tempat kerja, dengan bebanan kerja yang meragut senyuman dan ketenangan hati seorang isteri dan ibu. Pulang ke rumah, suami dan anak-anak tidak punya wajah teduh seorang isteri dan ibu, kerana ibu juga pulang bekerja dengan rasa kepenatan mengejar dateline dan seribu satu tugasan di tempat kerja.

Pada wanita yang terpaksa bekerja, moga ALLAH membantu meringankan beban kalian menghadapi tanggungjawab mencari rezeki..moga ada jalan keluar untuk masalah ekonomi yang tak kunjung sudah...

“Bosannya duduk rumah…”

Bosan akan kadang-kadang menimpa, bukan sekadar pada isteri yang duduk di rumah, mereka yang di tempat kerja juga kadang-kadang merasa bosan dan malas dengan rutin kerja seharian...

Ya, harus saya akui kadang-kadang hadir rasa bosan tinggal di rumah bersama anak dan melakukan kerja-kerja rumah, namun itu adalah perasaan yang sangat manusiawi. Maka saya mencari aktiviti-aktiviti pelbagai yang boleh dilakukan di dalam dan luar rumah, selagi dalam batas syariat ALLAH, agar kita dapat menjaga semangat dan keikhlasan dalam berkhidmat untuk keluarga...

Malah dengan adanya dunia tanpa sempadaan di alam maya, maka pelbagai bisnes dan aktiviti yang boleh mendatangkan keuntungan di lakukan secara online. Belajarlah ilmu ini dari yang telah berjaya melakukan.

Jangan sekadar menghabiskan jam-jam yang banyak depan internet, hanya sembang kosong, bergosip...namun jadikan kemudahan internet sebagai ruang untuk menambah pendapatan, menambah ilmu agama dan dunia, untuk mempertingkat kualiti diri sebagai manusia melalui laman-laman web yang membina.

Penghilang bosan yang utama adalah mengingatkan diri kita hakikat kehidupan. Kita dalam perjalanan pulang bertemu tuhan...kalau bosan, tidak boleh berlama-lama. Kalau sedih, usah larut panjang berjela. Kalau marah, tahanlah semampunya, maafkanlah semua..Mintalah maaf dari orang yang kita lukai, mohonlah ampun pada ALLAH...

Kuatkan hati, bangun semula...

Bila telah memilih berhenti kerja kerana mengikut suami, jangan menyesali keputusan yang dibuat.

Berbaloikah pengorbanan kita meninggalkan kerjaya yang stabil, hanya untuk melalui ujian rumahtangga yang sebegini..?

Berbaloi insyaALLAH.. Kalian memilih berhenti kerja, kerana cinta dan niat murni memberi yang terbaik untuk suami dan keluarga, maka ALLAh akan menjaga kalian. ALLAH adalah sebaik-baik pemelihara diri kita, dan pemelihara cinta kita.

Yakinlah. Berusahalah menjadi hamba yang soleh. Berimanlah pada ketentuan tuhan.

Moga pilihan kita hari ini akan memberi makna dan nilai yang besar pada saatnya waktu bertemu tuhan.

Sekian perkongsian, moga bermanfaat~





http://sisi-kehidupan.blogspot.com/2011/01/suami-isteri-berbaloikah-perhubungan.html?m=1  

[ Erm...segalanya telah terjawab dan Allah S.W.T telah bagi jalan. Tapi, kenapa masih banyak yang memilih selain jalanNya, dan membuat keputusan untuk berpisah..? Adakah mereka kurang dalam hal didikan agama sampai keegoan dan nafsu menguasai diri? Siapakah yang patut bertanggungjawab? Sesiapa yang merasakan tidak bahagia, silalah kembali mendalami dan memahami kembali ilmu agama dan aturan Islam supaya tidak mengikut jalan syaitan. Kerana sesungguhnya syaitan suka untuk menyesatkan, memisahkan dan menghuru-harakan kaum adam, supaya mereka mempunyai teman di neraka kelak. Sama-samalah kita berusaha dan berdoa supaya mengecapi kebahagiaan dan keberkatan dari Allah S.W.T sampai akhirat.. =) ]

Wednesday, September 5, 2012

Siapa Yang Menanggung Dosa Kerana Seorang Wanita?


Dosa seorang wanita yang tidak menutup aurat dan melakukan maksiat tidak ditanggung olehnya seorang sahaja. Tetapi beliau turut mengheret puluhan orang lain yang akan menanggung dosa bersamanya. Adakalanya si wanita ini berkata:

‘Aku tidak menutup aurat itu aku punya pasal la! Bukan aku menyusahkan kamu pun!’

Sebenarnya beliau silap! Dek kerana dirinya yang tidak menutup aurat, beliau telah membuatkan orang-orang yang bertanggungjawab mendidik dan menjaganya turut menanggung dosa. Siapakah orang-orang itu? Mereka ialah:

1) Suaminya.
2) Ayahnya.
3) Saudara lelakinya.
4) Anak lelakinya.

Keempat-empat golongan lelaki ini perlu bertanggungjawab memikul beban dosa yang dibuat oleh seorang wanita. Adakah ini dikatakan tidak menyusahkan?

Itu baru sebahagian. Mereka yang disenaraikan di atas adalah orang-orang yang perlu ‘bertanggungjawab’, belum termasuk orang-orang lain yang ‘terlibat’. Di bawah ini saya senaraikan pula orang-orang lain yang terlibat kerana dosa seorang wanita:


Sahabat

Sahabat yang menyuruh, mencadangkan dan yang dijadikan contoh untuk seorang wanita membuka aurat perlu menanggung dosa yang sama seperti wanita yang membuka aurat.

Sahabat yang tidak menegur juga perlu menanggung dosa kerana tidak menyampaikan amanah dari Allah. Telah dinyatakan bahawa kita perlu membuat teguran dalam peringkat:

1) Tegur dengan mulut jika terdaya. 
2) Tegur dengan tangan jika terdaya.
3) Benci di dalam hati. Dan ini adalah selemah-lemah iman.

Jika tidak menegur kita sekurang-kurangnya perlu merasa benci di dalam hati. Bukankah hal ini menyusahkan orang lain?


Orang yang melihat

Sesiapa sahaja yang melihat dengan syahwat dan ghairah akan menanggung dosa penglihatan dan dosa hati. Setiap mata yang memandang walaupun hanya sehelai rambut akan membuatkan si wanita itu bertambah dosa berlipat kali ganda.


Jurufoto

Jurufoto yang mengambil gambar wanita bukan mahramnya yang tidak menutup aurat adalah berdosa. Dosanya akan bertambah apabila menyebarkan gambar itu dalam majalah, internet dan seumpamanya.


Penerbit surat khabar, majalah, blog dan sebagainya.

Mana-mana sahaja media yang memaparkan aurat wanita adalah berdosa. Tengok saja penulis blog gosip, majalah, surat khabar dan sebagainya. Semuanya dipenuhi dengan gambar-gambar wanita yang tidak menutup aurat. Kesemua orang ini menanggung dosa disebabkan oleh wanita yang tidak menutup aurat.


Penjual/ penyebar

Orang yang menjual majalah, gambar-gambar dan sesiapa sahaja yang menyebarkan gambar wanita yang tidak menutup aurat dalam FB, Tagged, Friendster, Myspace dan sebagainya turut menanggung dosa. Dalam Islam, apa sahaja yang haram adalah haram untuk dijual dan disebarkan.


Pembeli/ pembaca

Orang yang membeli dan membaca turut menanggung dosa. Sesiapa yang menyumbang dan memberi sokongan untuk kejayaan mereka-mereka yang mendedahkan aurat ini akan menerima saham dosa masing-masing. Kerana disebabkan merekalah golongan-golongan yang tidak menutup aurat ini semakin bangga dengan dosa-dosa mereka.

Inilah antara orang yang akan menanggung dosa kerana seorang wanita yang tidak menutup aurat. Tidak cukupkah senarai ini menjelaskan bahawa betapa perbuatan tidak menutup aurat itu akan menyusahkan orang lain? Itu belum termasuk orang-orang yang melihat dengan ghairah sehingga menyebabkan mereka berniat untuk merogol, mencarut, memaki-hamun, mengumpat tentang keburukan bentuk tubuh wanita itu dan banyak lagi kesan buruk yang perlu ditanggung disebabkan sikap sombong seorang wanita yang tidak menutup aurat.

Nauzubillah…






http://www.blogammar.com/siapa-yang-menanggung-dosa-kerana-seorang-wanita/
[ ... ]

Wanita Cantik...


Wanita cantik ialah:

1. Melukis kekuatan melalui masalah
2. Tersenyum saat tertekan
3. Tertawa saat hati sedang menangis
4. Tabah di saat terhina
5. Mempersona kerana memaafkan
6. Mengasihi tanpa balasan
7. Bertambah kuat dalam doa dan pengharapan Ilahi…

Padanya "Ya Allah… Walaupun aku tidak cantik dimata manusia, cukuplah sekadar cantik dihadapan-MU..."


1) MELUKIS KEKUATAN MELALUI MASALAH.

Seorang perempuan itu akan terserlah kekuatannya apabila kita melihat bagaimana dia menghadapi masalah yang datang padanya. Sama ada dia lemah mahupun semakin tabah dengan dugaan yang datang padanya. InsyaAllah bagi yang kuat dia berjaya memanfaatkan ujian Allah padanya untuk meningkatkan kekuatan dirinya.


2) TERSENYUM SAAT TERTEKAN

Percaya atau tidak, kalau benar-benar seorang wanita itu mampu melalui masalah yang dihadapinya, samaada kita mahupun orang sekeliling dia, tidak mampu meneka apakah perasaan dia yang sebenar. Kenapa? Kerana terlalu dalam untuk kita memahami perasaan dia yang selalu tersenyum tidak kira sama ada dia ada masalah ataupun sebaliknya.


3) TERTAWA SAAT HATI SEDANG MENANGIS

Bukan saja-saja dia tertawa saat hatinya terluka dan menangis. Dia bersikap sedemikian kerana dia mahu menjadi seorang yang tabah dan tidak mahu menyusahkan orang sekelilingnya. Tambahan pula dia yakin akan pertolongan YANG ESA akan datang kepadanya. Dan dia tetap tertawa menutup segala gundah dan kelukaan yang ada kerana keyakinannya terhadap bantuan Allah tidak pernah surut.


4) TABAH DI SAAT TERHINA

Setiap yang baik itu sentiasa diuji olehNYA dan salah satu daripadanya ialah penghinaan dari manusia. Tapi bagi seorang wanita yang cantik pekertinya semua itu bukanlah halangan untuk dia meneruskan hidupnya malah dia akan berusaha untuk menjadi lebih tabah untuk meghadapi hari yang mendatang. Ketabahan yang ada dalam diri dia menjadi perisai untuknya menangkis segala hinaan daripada manusia lain yang tidak pernah mengenal erti ketakutan akan azab YANG ESA.


5) MEMPERSONAKAN KERANA MEMAAFKAN

Bukan mudah untuk kita memaafkan kesalahan orang lain terhadap diri kita. Lebih-lebih lagi apabila melibatkan kesalahan yang melukakan hati hingga hancur musnah sesebuah kehidupan itu. Namun bagi seorang wanita yang cantik itu, kemaafan itu sentiasa diberikan kepada yang pernah melukakan malah menyakitkan hatinya. Kerana baginya mereka-meraka inilah yang memberi peluang padanya untuk menjadi lebih tabah. Subhanallah.


6) MENGASIHI TANPA BALASAN

Kasihnya terhadap suami dan keluarganya memang datang dari hatinya yang ikhlas bukanlah kerana mengharapkan sebarang pembalasan. Kerana bagi wanita yang cantik seperti ini kasihnya untuk meraka ini bukannya kasih yang dibuat-buat tetapi kasih yang tulus. Malah meraka inilah yang membuatkan dia kuat menahan segala tomahan dan ujian dari YANG ESA. Dan kasih seorang wanita yang cantik ini amat sukar untuk kita cari dimana-mana melainkan kasih seorang isteri dan ibu yang solehah.


7) BERTAMBAH KUAT DALAM DOA DAN PENGHARAPAN ILLAHI

Dia hanya berharap kepada YANG ESA. Dan dia juga tidak pernah mengenal erti lelah dalam terus berdoa tidak kira siang dan malam untuk kehidupan orang yang dia sayang. Wanita yang cantik tidak mementingkan diri sendiri kerana mereka lebih mementingkan kepentingan orang yang mereka sayang. Suami dan keluarga mereka tidak pernah terlepas dari setiap doa-doa yang dipohon kepada YANG ESA.  



[ Subhanallah... ]

Tuesday, September 4, 2012

Maher Zain: So Soon | Official Music Video

Front Cover
Back Cover / List Of Songs



Every time I close my eyes I see you in front of me

I still can hear your voice calling out my name

And I remember all the stories you told me

I miss the time you were around (x2)

But I’m so grateful for every moment I spent with you

‘Cause I know life won’t last forever



You went so soon, so soon

You left so soon, so soon

I have to move on ’cause I know it’s been too long

I’ve got to stop the tears, keep my faith and be strong

I’ll try to take it all, even though it’s so hard

I see you in my dreams but when I wake up you are gone

Gone so soon



Night and day, I still feel you are close to me

And I remember you in every prayer that I make

Every single day may you be shaded by His mercy

But life is not the same, and it will never be the same

But I’m so thankful for every memory I shared with you

‘Cause I know this life is not forever



You went so soon, so soon

You left so soon, so soon

I have to move on ’cause I know it’s been too long

I’ve got to stop the tears, keep my faith and be strong

I’ll try to take it all, even though it’s so hard

I see you in my dreams but when I wake up you are gone



Ooh...

There were days when I had no strength to go on

I felt so weak and I just couldn’t help asking: “Why?”

Oh, but I got through all the pain when I truly accepted

That to God we all belong, and to Him we’ll return, ooh



You went so soon, so soon

You left so soon, so soon

I have to move on ’cause I know it’s been too long

I’ve got to stop the tears, keep my faith and be strong

I’ll try to take it all, even though it’s so hard

I see you in my dreams but when I wake up you are gone

Gone so soon

So soon




https://www.youtube.com/watch?v=sXN7PjP08To
http://www.liriktube.com/2012/04/maher-zain-so-soon-lyrics.html
https://www.youtube.com/watch?v=N-vY11s_AtE
[ Dapatkan yang original. Sokong Muzik Islamik =). ]

Tuesday, June 26, 2012

Topologi Rangkaian (Network Topology)

Topologi rangkaian merujuk kepada bagaimana komputer-komputer tersebut disambungkan secara pemetaan. Atau dengan erti kata lain ialah cara penyambungan fizikal bagi sistem rangkaian. Dan juga boleh didefinasikan sebagai struktur laluan dan suis yang menyediakan hubungan komunikasi di antara nod di dalam rangkaian.
Topologi rangkaian terbahagi kepada dua jenis iaitu:
  1. Topologi fizikal bagi suatu rangkaian merujuk kepada konfigurasi yang terdapat pada kabel, komputer dan lain-lain periferal (peripherals).
  2. Topologi logikal merupakan kaedah yang digunakan untuk memindahkan informasi atau maklumat di antara satu komputer dengan satu komputer yang lain yang terdapat di dalam stesen kerja.
Berikut adalah di antara jenis-jenis topologi yang utama:
  1. Topologi Bas atau Linear Bas (Bus or Linear Bus)
  2. Topologi Bintang (Star) atau Labah-labah (Spider)
  3. Topologi Gelang Token (Token Ring) atau Bintang Cecincin (Star-Wired Ring)
  4. Topologi Pepohon (Tree)
  5. Topologi Mesh
  6. Topologi Point-to-Point    
  7. Topologi Hybrid
  8. Topologi Hierarki
  9. topologi Daisy Chain

1)  Topologi Bas atau Linear Bas (Bus or Linear Bus)
Penerangan:
  • Menggunakan satu kabel yang panjang untuk menyambungkan kesemua sumber di dalam rangkaian tersebut.
  • Mesej @ data yang dihantar akan pergi kepada semua komputer yang berada di dalam sistem rangkaian sebelum sampai ke komputer yang sepatutnya menerima data @ mesej tersebut.
  • Komputer yang lain akan memeriksa sama ada alamat tersebut betul @ salah.
Kebaikan:
  • Mudah menyambungkan sesebuah komputer kepada sesebuah topologi bus.
  • Topologi ini amat mudah,murah serta senang untuk dikendalikan.
Kekurangan:
  • Sebarang masalah pada mana2 nod berupaya menjadikan keseluruhan rangkaian tersebut gagal berfungsi.
  • Titik pemula @ penutup diperlukan pada kedua-dua penghujung tulang belakang kabel tersebut.
  • Sukar untuk mengendali pemasalahan yang dihadapi jika keseluruhan sistem gagal berfungsi.
  • Tidak boleh digunakan sebagai satu-satunya jalan penyelesaian rangkaian utama di dalam sesebuah bangunan yang besar. 

2) Topologi Bintang (Star)
 Penerangan:
  • Menggunakan perkakasan pertengahan yang dipangggil HUB.
  • Semua sumber di dalam rangkaian @ sistem jaringan akan bercantum dengan menggunakan HUB yang menjadi penghubung di antara sumber2 tersebut.
  • Semua mesej yang disampaikan akan melalui HUB sebelum sampai ke destinasi yang sepatutnya.
  • Apabila satu sumber mengalami kerosakan ia tidak menjelaskan topologi jenis star.
Kebaikan:
  • Mudah untuk ditempatkan dan dipasang kabel ( wirering )
  • Rangkaian tidak akan terganggu apabila salah satu daripada sumber dialih.
  • Mudah untuk mengesan kesilapan dan kecacatan yang berlaku.
Kekurangan:
  • Memerlukan kuantiti kabel yang lebih panjang berbanding dengan topologi bus.
  • Jika HUB gagal berfungsi nod juga turut gagal untuk menjalankan tugasnya.
  • Kos yang diperlukan adalah lebih tinggi berbanding dengan kos untuk topologi bus.

 3) Topologi Gelang Token (Token Ring) atau Bintang Cecincin (Star-Wired Ring)
 Penerangan:
  • Memerlukan beberapa sumber yang dicantumkan menjadi satu bentuk bulatan.
  • Mesej @ data akan dihantar dari satu komputer kepada komputer yang lain dengan satu arah.
  • Apabila sesebuah komputer menerima mesej @ data yang dihantar kepadanya , ia kemudiannya akan mengubah suai dan mengembalikannya untuk menunjukkan yang ia telah menerima mesej tersebut.
Kebaikan:
  • Jika komunikasi terputus di antara 2 sistem bersebelahan satu lintasan alternatifdi antara 2 tempat ini boleh digunakan.
  • Mudah ditempatkan dan dipasang kabel.
  • Mudah untuk mengesan kesilapan dan kecacatan yang berlaku.
Kekurangan:
  • Memerlukan kabel yang lebih panjang.
  • Jika HUB gagal berfungsi,nod juga gagal berfungsi.
  • Kos yang lebih tinggi daripada topologi 

4) Topologi Pepohon (Tree)
 Penerangan:
  • Gabungan Topologi Bas dan Topologi Bintang
Kebaikan:
  • Mempunyai titik-ke-titik perkabelan untik setiap invidu segmen.
  • Disokong oleh beberapa perkakasan dan perisian yang pelbagai iaitu saling melengkapi di antara satu sama lain.
Kekurangan:
  • Secara keseluruhan, panjang setiap segmen adalah terhad mengikut jenis kabelyang digunakan.
  • Jika tulang belakang atau kabel utama mengalami kerosakan, keseluruhan segmen tersebut turut lumpuh dan gagal untuk beroperasi.
  • Lebih sukar dari segi pembinaan dan perkabelan berbanding dengan topologi-topologi yang lain. ATURAN 5-4-3Satu perkara yang perlu dipertimbangkan semasa membina rangkaian topologi pepohon melalui penggunaan protokol Ethernet ialah Aturan 5-4-3. Satu aspek di dalam protokol


http://en.wikipedia.org/wiki/Network_topology
http://puteri85.blogdrive.com/archive/12.html
http://halimaton.wordpress.com/2007/08/21/topologi-rangkaian/

Kerja Oh Kerja...


Huh! Penat betul aku rase develop system ru yang entah bila akan siap ni. Kadang-kadang aku rasa jeles dengan pekerjaan yang tak melibatkan akal fikiran yang maksimum macam aku ni. Boleh seronok2 dan rilek2 sikit. Cam repair pc or tengok2 sistem yang dah sedia ada. Takdela nak penat sangat. Kalau pun penat, hanya fizikal je yang penat. Berehat sekejap hilanglah penatnya. Tp aku selagi belum siap sistem ni selagi tula otak aku berpusing nak cari operasi2, persamaan, calculation dan macam2 lg2 la. Nak enjoy cikit pun tak senang. Nak wat camner, dah keje dan minat sikit. Kalau minat pun tapi tak setimpal dapat dengan apa yang diusahakan tak best gak kan. Seronok tengok orang lain yang tak perlu nak fikir pasal develop sistem, siap main fesbuk, kadang2 dengar lagu dan tengok video..haha. Aku ni nak bukak fesbuk pun takde mood. Dah berkurun aku tak aktif kat fesbuk. Lgpn dah mula bosan ngan fb.

Penat...disebabkan sistem ni yang nak kena present next meeting la aku terpaksa korbankan masa rilek2 aku kat opis ni. Sebab sistem baru, sume kena baru...lainla kalau sistem yang dah ada, bolehlah edit2. Takdela nak pening pasal flow lagi...huh.

Kepada korang(especially seopis ngan aku), kalo aku wat dek je, tak layan, tak aware, kurang concern, sorila aku ngah khusyuk duk fikir pasal sistem tu. Dan kalau sekiranya ada aduan @ masalah daripada staff aku kurg 'care' sikit, maafla, kepala aku dah cukup penat nak fikir pasal ru. Lainla kalau gaji aku masyuk. Ni gaji seciput je, nak wat keje yang lebih dari sepatutnya...fuh, tak sanggup..no..no..no..ni pun kalau kat tempat lain, gaji develop sistem pun dah brape agaknya, tu pun develop ramai2, dan kalau jual pun berapa agaknya boleh dapat. Ni kira ok la jugak aku buatkan tuk company. Kalau nak company beli, berapa riban nak kena bayar. Dahla company sekarang dah tunggang-langgang. Ru ni, tengok kat luar je nampak senang, cer try wat nak tengok..Mau tak sakit kepala kalau seorang je yang buat...kalo stakat design senangla, ni smpi dbase skali..huhu.


Wednesday, April 25, 2012

);


25/02/2012...Today... It seems like i feel to seek another job... It seems like i feel to seek go other place and other environment. And maybe need a rest for a while. But, it also maybe the starting of my journey. I'm confusing and questioning. Its good or enough for me? Or it just a beginning? Or is it good for me? Ya Allah please show me the sign dan permudahkanlah segala yang terbaik untuk hambaMu ini... YOU are the Most Gracious and the Most Merciful. YOU are All Knowing. Amin.

*Mood=Confusing ;(

Saturday, February 25, 2012

Rukun Iman


Setiap orang yang beragama Islam wajiblah percaya dan beriman kepada 6 perkara asas dalam Islam, iaitu RUKUN IMAN yang ENAM:

1) Beriman Kepada Allah S.W.T
2) Beriman Kepada Para Malaikat
3) Beriman Kepada Kitab-Kitab
4) Beriman Kepada Para Rasul
5) Beriman Kepada Hari Akhirat
6) Beriman Kepada Qada' Dan Qadar


Wednesday, February 8, 2012

Renungan 1


"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan(gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan bathil(salah seperti tipu, judi dan sebagainya) kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan dengan cara suka sama suka di antara kamu, dan janganlah kamu membunuh dirimu(berbunuhan); sesungguhnya Allah Maha Penyayang kepadamu."

~An-Nisaa'(4), ayat (29)~


"Dan barangsiapa berbuat demikian melanggar hak dan aniaya, maka kelak Kami akan memasukkannya ke dalam neraka. Yang demikian itu adalah mudah bagi Allah."
~An-Nisaa'(4), ayat (30)~


"Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukanNYA dengan sesuatu pun. Dan berbuat baiklah kepada ibu-bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan jiran tetangga yang dekat, dan jiran tetangga yang jauh, dan rakan sejawat, ibnu sabil(orang yang dalam perjalanan yang bukan maksiat yang kehabisan bekalan) dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong dan membangga-banggakan diri."
~An-Nisaa'(4), ayat (36)~


"Iaitu orang-orang yang bakhil, dan menyuruh orang lain berbuat bakhil, dan menyembunyikan kurniaan Allah yang diberikanNya kepada mereka. Dan Kami telah menyediakan untuk orang-orang kafir(kufur kepada nikmat Allah kerana bakhil, menyuruh orang lain berbuat bakhil, dan tidak mensyukuri nikmat Allah) siksa yang menghinakan."
~An-Nisaa'(4), ayat (37)~


"Dan juga orang-orang yang menafkahkan harta mereka kerana riak(melakukan sesuatu kerana ingin dilihat dan dipuji orang) kepada manusia, dan orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat. Barangsiapa mengambil syaitan itu menjadi temannya, maka syaitan itu adalah teman yang seburuk-buruknya."
~An-Nisaa'(4), ayat (38)~

Wednesday, February 1, 2012

Video Osem APG '11: Best Friend Till Jannah



Tak seperti bintang di langit
Tak seperti indah pelangi
Karena diriku bukanlah mereka
Ku apa adanya

Dan wajahku memang begini
Sikapku jelas tak sempurna
Ku akui ku bukanlah mereka
Ku apa adanya

Menjadi diriku
Dengan segala kekurangan
Menjadi diriku
Atas kelebihanku...

Terimalah aku
Seperti apa adanya
Aku hanya insan biasa
Tak mungkin sempurna

Tetap ku bangga
Atas apa yang ku punya
Setiap waktu ku nikmati
Anugerah hidup yang ku miliki

Menjadi diriku
Dengan segala kekurangan
Menjadi diriku
Atas kelebihanku...

Terimalah aku
Seperti apa adanya
Aku hanya insan biasa
Tak mungkin sempurna

Tetap ku bangga
Atas apa yang ku punya
Setiap waktu ku nikmati
Anugerah hidup yang ku miliki

Terimalah aku
Seperti apa adanya
Aku hanya insan biasa
Tak mungkin sempurna

Tetap ku bangga
Atas apa yang ku punya
Setiap waktu ku nikmati
Anugerah hidup yang ku miliki

*************************************

Sebiru hari ini
Birunya bagai langit terang benderang
Sebiru hari kita bersama di sini

Seindah hari ini
Indahnya bak permaidani taman surga
Seindah hati kita walau kita kan berpisah

Bukankah hati kita telah lama menyatu
Dalam tali kisah persahabatan ilahi
Pegang erat tangan kita terakhir kalinya
Hapus air mata meski kita kan berpisah

Selamat jalan teman
Tetaplah berjuang
Semoga kita bertemu kembali
Kenang masa indah kita sebiru hari ini

Seindah hari ini
Indahnya bak permaidani taman surga

[ Sebuah video osem yang bercirikan "Ukhwah Islamiyyah". Tahniah pada yang terlibat. ]

Hmmmm...




Verse 1
Sesaat Kau Datang...
Sesaat Kau Hilang...
Kemunculan dirimu...
Penuh misteri...

Verse 2
Kau Mendekat...
Kau Menjauh...
Kau tinggalkan diriku...
Sesudahnya kau membuang
Mencampakkan aku...

Verse 3
(Alif)

Its not that i dont love you
I just dont want to hurt you
I cant let go of all the good times we share together

(Syarif)
I hate to be cold but i got to let you go

Chorus:
Sungguh kejamnya dirimu...
Mengkhianati cinta yang ku semat di jiwa
Kau hancurkan segala harapan...
Kau remukkan cinta yang telah kita bina...
Ha...Ha...Ha...Ha...Ha...Ha...

Jika sudah kau mencintai dia
Putuskan aku dengan baik caranya
Walaupun sakit hati ku rasa
Sesungguhnya aku tak rela...
Kerna hatiku masih mencintai
Dirimu dengan sepenuh hati...
Tapi ku ikhlas melepaskanmu...
Karena aku manusia biasa...

Verse 4
(Alif and Syarif)
Nothings easy girl
Nothings easy girl
Aint nothings easy i hope you understand me girl
Nothings easy girl
Aint nothing in this world
Could ever compare to what we had
Whats gone

Repeat Chorus:
Sungguh kejamnya dirimu...
Mengkhianati cinta yang ku semat di jiwa...
Kau hancurkan segala harapan...
Kau remukkan cinta yang telah kita bina...
Ha...Ha...Ha...Ha...Ha...Ha...Ha...Ha...

Jika sudah kau mencintai dia
Putuskan aku dengan baik caranya
Walaupun sakit hati ku rasa
Sesungguhnya aku tak rela...

Jika sudah kau mencintai dia
Putuskan aku dengan baik caranya
Walaupun sakit hati ku rasa
Sesungguhnya aku tak rela...

Jika sudah kau mencintai dia
Putuskan aku dengan baik caranya
Walaupun sakit hati ku rasa
Sesungguhnya aku tak rela...
Kerna hatiku masih mencintai
Dirimu dengan sepenuh hati...
Tapi ku ikhlas melepaskanmu...
Karena aku manusia biasa...

Verse 5
Tiada salahku kepada dirimu
Kau buatku sengsara
Kau buat kecewa
Ku Harap ada karma
Yang datang kepadamu...kepadamu

[ Info: www.liriklagumuzika.com. ]
**Bila nak = datang, bila x nak = buang, cam boneka...erm, camtu kot maknanya...ape2 pn renung2kanla...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...