Ayat Al-Quran Al-Karim:
1) Sesungguhnya Kami telah menurunkannya(Al Qur’an) pada malam kemuliaan(Lailatul Qadar-malam yang penuh kemuliaan, kebesaran, kerana malam itu permulaan turunnya Al Quran diturunkan).
2) Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu?
3) Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan(83 tahun 4 bulan).
4) Pada malam itu turunnya malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan.
5) Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar.
*Surah Al Qadr (97) juz:30
Hadis:
(al-Bukhari)
Huraian
► Malam Lailatul qadar adalah satu malam yang paling istimewa yang ditunggu-tunggu oleh semua umat Islam. Ia merupakan satu malam yang penuh rahmat dan nikmat yang paling besar daripada Allah S.W.T.
► Umat Islam hendaklah mengambil peluang ini dengan berusaha bersungguh-sungguh memperbanyakkan amal ibadat di malam yang kesepuluh akhir bulan Ramadhan iaitu dengan mengerjakan sembahyang terawih, membaca Quran, berzikir dan sebagainya kerana sesungguhnya Allah S.W.T. akan memberi keampunan bagi mereka yang menghidupkan malam tersebut.
► Lailatul Qadar adalah tanda kasihnya Allah kepada hambanya yang beriman dan beramal soleh yang beribadah semata-mata mengharapkan keredaan dan keampunan dari-Nya.
► Berlakunya malam Lailatul Qadar itu hanya Allah sahaja yang mengetahuinya, bila masa dan kepada siapa yang dapat dari kalangan hamba-hambanya yang dikehendakinya.
Waktunya
Terdapat pelbagai pendapat tentang bilakah malam Lailatul Qadar ini:
► Di dalam Al Quran berdasarkan ayat di atas secara umumnya dinyatakan bahawa Lailatul Qadar berlaku di bulan Ramadhan yang mulia.
► Seterusnya ianya diperkuatkan dengan Hadis Rasulullah S.A.W di atas yang bermaksud hari ganjil. Maknanya mungkin pada malam ke-21, 23, 25, 27, dan ke-29.
► Dikaji lagi tentang Lailatul Qadar ini, maka berjumpalah dengan hadis yang lain yang berbunyi “Maka, barangsiapa yang ingin mendapatkan Lailatul Qadar, maka carilah pada tujuh malam terakhir.” (HR. Bukhari, Kitab Ash Shaum Bab Iltimas Al Lailatal Qadri fi Sab’il Awakhir, Juz. 7, Hal. 143, No hadits. 1876. Al Maktabah Asy Syamilah). Maka, mungkin malam ke-25, 27 dan ke-29.
► Para Ulama' mendalami lagi tentang malam Lailatul Qadar ini maka ditemui dalam surah Al Qadr di atas. Para ulama' mengira kesemua huruf pada perkataan Lailatul Qadar yang terdapat di dalamnya dan berjumlah 27 huruf kesemuanya.
*Namun begitu, berlakunya malam Lailatul Qadar, hanya ALLAH S.W.T jua Yang Maha Mengetahui. Cuma kita hendaklah memperbanyakkan amal ibadah di bulan Ramadhan yang mulia ini lebih-lebih lagi pada malam 10 terakhir.
Tanda-tandanya
Dalam hal ini, Rasulullah S.A.W menggambarkan (menyifatkan) paginya Lailatul Qadar agar seseorang muslim dapat mengetahuinya.Dari ‘Ubai radhiyallahu ‘anhu ia berkata, Rasulullah S.A.W bersabda:“Pagi hari (setelah) Lailatul Qadar, matahari terbit tidak menyilaukan (tanpa sinar), seakan-akan ia bejana sehinggalah ia meninggi.” (Hadis riwayat Muslim (762))
Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu ia berkata, “Kami menyebutkan malam Lailatul Qadar di sisi Rasulullah S.A.W, dan baginda bersabda:“Siapa di antara kalian yang masih ingat ketika terbit bulan yang ianya seperti syiqi jafnah (separuh mangkuk).” (Hadis Riwayat Muslim (1170). Kalimat syiqi jafnah, syiq membawa erti setengah, jafnah pula ertinya bejana. Al-Qadhi ‘Iyadh berkata, “Dalam hadis ini menunjukkan isyarat bahawa Lailatul Qadar hanya di akhir bulan, kerana bulan tidak akan berbentuk (berupa) sedemikian rupa ketika terbit melainkan ketika di akhir-akhir bulan”)Dan dari Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhu, ia berkata, Rasulullah S.A.W bersabda:“Malam al-Qadar adalah malam yang indah penuh kelembutan, cerah, tidak panas dan tidak juga dingin. Manakala pada keesokan harinya sinar mataharinya kelihatan melemah kemerah-merahan.” (Hadis Riwayat ath-Thayalisi (394), Ibnu Khuzaimah (3/231), al-Bazzar (1/486) dan sanadnya Hasan)
[ Apa pun pendapat para ulama' tentang malam Lailatul Qadar, maka seharusnya di bulan Ramadhan ini memperbanyakkan amal ibadah semaksimum yang mungkin kerana ianya sekali dalam setahun, lebih-lebih lagi di sepuluh malam terakhir. ;) ]
**Hari ini hari yang ke-22. Maka hargai bulan Ramadhan, sayangi puasa anda, jaga puasa anda, perbanyakkan dan perbaiki amal ibadah anda, kelak anda akan beruntung di dunia dan akhirat.
No comments:
Post a Comment