Ads

Tuesday, June 14, 2011

Pengeluaran Di Mesin ATM : MAHAL?



Mengeluarkan wang melalui mesin ATM (Automated Teller Machine) sememangnya cara dan kaedah yang mudah serta cepat untuk mendapatkan tunai, tambahan lagi ianya boleh didapati di mana-mana sahaja dan beroperasi 24 jam. Kenapa dikatakan mahal? Bukankah penggunaan mesin ATM adalah percuma?

Penggunaan mesin ATM secara kerap sememangnya adalah mahal. Dan seperkara lagi ianya tidak percuma!

Kenapa? Sebab?
       - Yuran perkhidmatan ATM yang dikenakan biasanya di antara RM12 setiap tahun.
       - Kebanyakan bank menetapkan syarat pengeluaran melalui mesin ATM tanpa caj hanya untuk empat kali pengeluaran sebulan, setiap pengeluaran yang berikutnya akan dikenakan caj RM0.50!.
       - Jika anda mengeluarkan wang daripada mesin ATM yang disediakan oleh Bank lain, anda akan dikenakan caj tambahan antara RM1 ke RM2 bagi setiap urusniaga pengeluaran yang anda lakukan. Misalnya bank anda ialah Bank A dan anda mengeluarkan wang daripada mesin ATM daripada Bank B.

Kita tidak boleh berbuat apa untuk mengelakkan penggunaan mesin ATM ini. Tapi tunggu dulu, mungkin ada beberapa perkara yang boleh kita lakukan untuk meminimumkan kesan penggunaan ATM ini.

Apa dia?
       - Lakukan urusniaga pengeluaran wang di kaunter juruwang. Ini untuk anda yang punya banyak masa terluang dan tidak terburu-buru.
       - Hadkan jumlah pengeluaran wang daripada mesin ATM tidak melebihi empat kali sebulan.
       - Pandulah jauh sedikit ke mesin ATM bank anda. Elakkan daripada mengeluarkan wang daripada mesin ATM bank lain seboleh mungkin.

Di Malaysia, antara bank-bank yang menyediakan perkhidmatan ATM ialah:
       - Affin Bank Berhad
       - Alliance Bank Malaysia Berhad
       - AmBank Group
       - HSBC Bank Malaysia Berhad
       - Bank Islam Malaysia Berhad
       - CimbBank
       - EON Bank Group
       - Hong Leong Bank
       - Maybank2u
       - RHB Bank

Jangan biarkan wang anda hilang begitu sahaja hanya untuk membayar caj penggunaan ATM! Bukankah adalah lebih baik sekiranya wang tersebut anda simpan untuk kegunaan lain?


[ Petikan: http://www.radioinformasi.com/2011/05/30/355/ dengan sedikit ubah. ]

**Selalukanlah amalkan jimat-cermat. Sebelum ni kerap tol guna ATM~~hatdoish..

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...