Ads

Tuesday, June 14, 2011

Pengeluaran Di Mesin ATM : MAHAL?



Mengeluarkan wang melalui mesin ATM (Automated Teller Machine) sememangnya cara dan kaedah yang mudah serta cepat untuk mendapatkan tunai, tambahan lagi ianya boleh didapati di mana-mana sahaja dan beroperasi 24 jam. Kenapa dikatakan mahal? Bukankah penggunaan mesin ATM adalah percuma?

Penggunaan mesin ATM secara kerap sememangnya adalah mahal. Dan seperkara lagi ianya tidak percuma!

Kenapa? Sebab?
       - Yuran perkhidmatan ATM yang dikenakan biasanya di antara RM12 setiap tahun.
       - Kebanyakan bank menetapkan syarat pengeluaran melalui mesin ATM tanpa caj hanya untuk empat kali pengeluaran sebulan, setiap pengeluaran yang berikutnya akan dikenakan caj RM0.50!.
       - Jika anda mengeluarkan wang daripada mesin ATM yang disediakan oleh Bank lain, anda akan dikenakan caj tambahan antara RM1 ke RM2 bagi setiap urusniaga pengeluaran yang anda lakukan. Misalnya bank anda ialah Bank A dan anda mengeluarkan wang daripada mesin ATM daripada Bank B.

Kita tidak boleh berbuat apa untuk mengelakkan penggunaan mesin ATM ini. Tapi tunggu dulu, mungkin ada beberapa perkara yang boleh kita lakukan untuk meminimumkan kesan penggunaan ATM ini.

Apa dia?
       - Lakukan urusniaga pengeluaran wang di kaunter juruwang. Ini untuk anda yang punya banyak masa terluang dan tidak terburu-buru.
       - Hadkan jumlah pengeluaran wang daripada mesin ATM tidak melebihi empat kali sebulan.
       - Pandulah jauh sedikit ke mesin ATM bank anda. Elakkan daripada mengeluarkan wang daripada mesin ATM bank lain seboleh mungkin.

Di Malaysia, antara bank-bank yang menyediakan perkhidmatan ATM ialah:
       - Affin Bank Berhad
       - Alliance Bank Malaysia Berhad
       - AmBank Group
       - HSBC Bank Malaysia Berhad
       - Bank Islam Malaysia Berhad
       - CimbBank
       - EON Bank Group
       - Hong Leong Bank
       - Maybank2u
       - RHB Bank

Jangan biarkan wang anda hilang begitu sahaja hanya untuk membayar caj penggunaan ATM! Bukankah adalah lebih baik sekiranya wang tersebut anda simpan untuk kegunaan lain?


[ Petikan: http://www.radioinformasi.com/2011/05/30/355/ dengan sedikit ubah. ]

**Selalukanlah amalkan jimat-cermat. Sebelum ni kerap tol guna ATM~~hatdoish..

Monday, June 13, 2011

Kalimah Syahadah


"AKU BERSAKSI BAHAWA TIADA TUHAN YANG DISEMBAH MELAINKAN ALLAH,
DAN AKU BERSAKSI BAHAWA NABI MUHAMMAD ITU ADALAH PESURUH ALLAH."


Apakah syarat sah syahadah ?

Adapun syarat sah syahadah itu adalah seperti berikut:
       - Tertib melafazkan syahadah.
       - Melafazkan kedua-dua kalimah syahadah tersebut berturut-turut iaitu tanpa diselangi perbuatan atau perkataan yang lain.
       - Memahami makna kalimah syahadah tersebut (cth: makna dlm bahasa melayu/cina/india iaitu bahasa pertuturan / bahasa utamanya.
       - Menafikan perkara-perkara yang bertentangan dengan syahadah dan menetapkan persaksian syahadah tersebut.
       - Menggunakan perkataan 'aku bersaksi (asy'hadu)' pada kedua-dua kalimah syahadah tersebut.
       - Tidak berasa sangsi / syak atas persaksian (syahadah) yang dilafazkan.
       - Tidak di dalam keadaan paksa, bahkan wajib dengan hati yang ikhlas menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah dan Islam.


Adapun sesetengah pendapat mengatakan syarat sah syahadah adalah seperti berikut:
       - Mengerti erti dan maksud kalimah syahadah yang dilafazkan.
       - Melafazkan dengan lidah (menzahirkan syahadah) dengan sempurna.
       - Meyakini erti, maksud dan tujuan syahadah.
       - Menegakkan (amal) apa yang dilafazkan secara zahir dan batin serta menafikan perkara yang bertentangan dengan syahadah tersebut.



[ Petikan:... ]

**Setelah diteliti, tidaklah bertentangan akan kedua-dua pendapat tersebut dalam membincangkan hal ini dah boleh diterimapakai akan kedua-duanya...

Sunday, June 12, 2011

Rukun Islam


Antara perkara-perkara asas yang wajib diketahui oleh setiap Muslim adalah Rukun Islam. Rukun Islam ini bukan hanya wajib diketahui malah WAJIB DILAKSANAKANNYA. Jika tidak, Islam kita tidak akan sempurna.

Ada 5 perkara:
1) Mengucap dua kalimah syahadah
2) Mendirikan solat lima waktu setiap hari
3) Mengeluarkan zakat
4) Berpuasa di bulan Ramadhan
5) Mengerjakan haji

1) Mengucap dua kalimah syahadah:
Sesorang yang hendak menganut agama islam hendaklah mengucap dua kalimat syahadah. Dua Kalimah Syahadah adalah asas ajaran Islam.
Syahadah Pertama menuntut kita agar mentauhidkan Allah (ikhlas).
Syahadah Kedua pula menuntut kita agar mengikuti sunnah Nabi Muhammad s.a.w.

2) Mendirikan solat lima waktu setiap hari iaitu:
i) Maghrib
ii) Isya’
ii) Subuh
iv) Zohor
v) Asar

3) Mengeluarkan Zakat
Jumlah harta tertentu yang yang wajib dikeluarkan oleh setiap muslim yang mencukupi syarat untuk dibahagikan kepada mereka yang berhak menerimanya.

4) Berpuasa di bulan Ramadhan
Menahan diri daripada sesuatu yang membatalkan puasa dari terbit fajar sehingga terbenam matahari yang disertai niat dan syarat- syarat tertentu

5) Mengerjakan haji
Kewajipan mengerjakan haji bagi setiap umat islam yang cukup syarat satu kali seumur hidup


[ ]

**Kepada saudara baru kita yang memeluk Islam, antara perkara yang pertama wajib dilakukan adalah dengan mengucap dua kalimah syahadah. Dan disusuli dengan melaksanakan rukun Islam yang lain.

Topik seterusnya rukun Iman...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...