Ads

Monday, May 20, 2013

Senarai Rasmi Menteri Kabinet Malaysia 2013-2018 Beserta Manifesto (Umno-BN)


Keputusan PRU13 5/5/2013 yang lalu telah pun di ketahui. Malaysiaku masih lagi kekal di bawah pemerintahan Umno-BN. Keputusan ini menunjukkan peningkatan peratus pengundian rakyat terhadap PKR, dan Umno-BN hanya menang tipis untuk kekal mentadbir Malaysia. Namun begitu, peratus rakyat yang mengundi PKR(gabungan parti pembangkang) kali ini adalah lebih tinggi daripada Umno-BN. Akan tetapi, disebabkan kerusi Parlimen dan Dun banyak dimenangi oleh Umno-BN, maka keputusan adalah lebih memihak kepada Umno-BN. Bagi aku, aku banyak kali terdengar berita yang mana banyak pengundi di kalangan rakyat luar negara seperti Bangladesh, Indonesia, dan Siam-Thailand turut mengundi untuk negara kita..apa kehe..dan mereka-mereka ini dijanjikan rumah-rumah dan duit yang lumayan dengan syarat mengundi kerajaan yang sedia ada. Patutkah aku mempercayai berita ini sedangkan ianya daripada mulut saudara aku sendiri yang berlaku di depan matanya...Erm.. Entahlah.. Apa-apa pun tunggu dan lihat sahaja hala-tuju Malaysia selepas ini walaupun berasa sedih tidak dapat melihat bagaimana corak pentadbiran PKR. Apa salahnya bagi peluang, kalau tak suka, next PRU tukarlah balik, tukar dan tukar...yang penting adil. PKR pun takdala teruk mana pun, semuanya untuk kebaikan rakyat jugak..=)

KABINET

Perdana menteri: Datuk Seri Najib Razak (Umno)
Timbalan Perdana Menteri: Tan Sri Muhyiddin Yassin (Umno)

Menteri di Jabatan Perdana Menteri:
Datuk Seri Jamil Khir Bahrom (Umno)
Datuk Seri Idris Jala (Senator)
Datuk Seri Abdul Wahid Omar (Senator)
Tan Sri Joseph Kurup (PBRS)
Puan Hajah Nancy Shukri (PBB)
Datuk Joseph Entulu anak Belalun (PRS)
Datuk Paul Low Seng Kwan (Senator)
Datuk Seri Shahidan Kassim (Umno)
 
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri:
Datuk Razali Ibrahim (Umno)
P Waythamoorthy (Senator)

1 - Kementerian Belia dan Sukan:
Menteri: Khairy Jamaluddin Abu Bakar (Umno)
Timbalan Menteri: Datuk M Saravanan (MIC)

2 - Kementerian Dalam Negeri:
Menteri: Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (Umno)
Timbalan: Datuk Wan Junaidi Tunku Jaafar (PBB)

3 - Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah:
Menteri: Datuk Seri Shafie Apdal (Umno)
Timbalan Menteri: Datuk Alexander Nanta Linggi  (PBB)

4 - Kementerian Kerja Raya:
Menteri: Datuk Fadillah Yusof (PBB)
Timbalan Menteri: Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin (Umno)

5 - Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan:
Menteri: Datuk Abdul Rahman Dahlan (Umno)
Timbalan Menteri: Datuk Halimah Sadique (Umno)

6 - Kementerian Kesihatan:
Menteri: Datuk Seri Dr S.Subramaniam (MIC)
Timbalan Menteri:Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya (Umno)

7 - Kementerian Kewangan:
Menteri I : Datuk Seri Najib Tun Razak (Umno)
Menteri II: Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah (Umno)
Timbalan Menteri: Datuk Ahmad Maslan (Umno)

8 - Kementerian Komunikasi dan Multimedia:
Menteri: Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek (Umno)
Timbalan Menteri: Datuk Jailani Johari (Umno)

9 - Kementerian Luar Negeri:
Menteri: Datuk Seri Anifah Aman (Umno)
Timbalan Menteri: Datuk Hamzah Zainuddin (Umno)

10 - Kementerian Pelajaran dan Pengajian Tinggi:
Menteri I: Tan Sri Muhyiddin Yassin (Umno)
Menteri II: Datuk Seri Idris Jusoh (Umno)
Timbalan I: Datuk Mary Yap Kain Ching (PBS)
Timbalan II: P Kamalanathan (MIC)

11 - Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan:
Menteri: Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (Umno)
Timbalan Menteri: Datuk Joseph Salang (PRS)

12 - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat:
Menteri: Datuk Rohani Abdul Karim (PBB)
Timbalan Menteri: Datuk Azizah Mohd Dun (Umno)

13 - Kementerian Pengangkutan:
Menteri: Datuk Seri Hishammuddin (pemangku)(Umno)
Timbalan: Datuk Abdul Aziz Kaprawi (Umno)

14 - Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri:
Menteri: Datuk Mustapa Mohamad (Umno)
Timbalan Menteri: Hamim Samuri  (Umno)

15 - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan:
Menteri: Datuk Hassan Malek (Umno)
Timbalan Menteri: Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah (Umno)

16 - Kementerian Pertahanan:
Menteri: Datuk Seri Hishammuddin Hussein (Umno)
Timbalan: Datuk Abdul Rahim Bakri (Umno)

17 - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani:
Menteri: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (Umno)
Timbalan Menteri: Timbalan: Datuk Tajuddin Abdul Rahman (Umno)

18 - Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi:
Menteri: Datuk Seri Douglas Uggah Embas (PBB)
Timbalan Menteri: Datuk Noriah Kasnon (Umno)

19 - Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi:
Menteri: Datuk Dr Ewon Ebin (UPKO)
Timbalan Menteri: Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah (Umno)

20 - Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar:
Menteri: Datuk Seri G Palanivel
Timbalan Menteri: Datuk Dr James Dawos Mamit (PBB)

21 - Kementerian Sumber Manusia:
Menteri: Datuk Richard Riot Anak Jaem (SUPP)
Timbalan Menteri: Datuk Ismail Abdul Muttalib (Umno)

22 - Kementerian Tenaga, Air dan Teknologi Hijau:
Menteri: Datuk Seri Maximus Ongkili 
Timbalan Menteri: Datuk Seri Mahdzir Khalid

23 - Kementerian Wilayah Persekutuan:
Menteri: Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (Umno)
Timbalan Menteri: Datuk Dr Loga Bala Mohan A/L Jaganathan (Senator)



MANIFESTO BARISAN NASIONAL (BN) 
Download Link:






http://www.kabinet.gov.my 
http://aukamwah.com/pru-13/pru13/ 
[ Adakah manifesto ini terlaksana dan berkesan? Sama-sama tunggu dan lihat, pasni kalo ado x puas ati, jangan duk complaint sebab sendiri yang pilih..kalo pilihla..peace =) ]

Wednesday, March 27, 2013

10 Wasiat Rasulullah S.A.W Kepada Puterinya Fatimah Az-Zahra


Khas Buat Kaum Hawa yang Istimewa:


1. Ya Fatimah, wanita yang membuat tepung untuk suami dan anak-anaknya pasti Allah akan menetapkan kebaikan baginya dari setiap biji tepung, melenyapkan keburukan dan meningkatkan darjat wanita itu.

2. Ya Fatimah, wanita yang berpeluh ketika mengisar tepung (memasak makanan) untuk suami dan anak-anaknya nescaya Allah menjadikan dirinya dengan neraka tujuh tabir pemisah.

3. Ya Fatimah, tiadalah seorang yang meminyakkan rambut anak-anaknya lalu menyikat dan mencuci pakaiannya melainkan Allah akan menetapkan pahala baginya seperti pahala memberi makan seribu orang kelaparan dan memberi pakaian seribu orang telanjang.

4. Ya Fatimah, tiadalah wanita yang tidak memberikan bantuan kepada jirannya, melainkan Allah akan menghalangnya dari minum telaga kautsar pada hari kiamat kelak.

5. Ya Fatimah, yang lebih utama dari segala keutamaan adalah keredaan suami terhadap isteri. Andai suami tidak reda kepadamu, maka aku tidak akan mendoakanmu, ketahuilah wahai Fatimah, kemarahan suami adalah kemurkaan Allah.

6. Ya Fatimah, apabila wanita mengandung maka malaikat memohonkan keampunan baginya dan Allah menetapkan baginya setiap hari seribu kebaikan serta menghilangkan seribu keburukan. Ketika wanita merasa sakit untuk melahirkan Allah menetapklan pahala baginya sama dengan pahala para pejuang di jalan Allah. Jika dia melahirkan kandungannya maka bersihlah dosa-dosanya seperti ketika dia dilahirkan dari kandungan ibunya. Jika meninggal ketika melahirkan maka dia tidak membawa dosa sedikitpun.

7. Ya Fatimah tidaklah wanita yang tersenyum di hadapam suaminya melainkan Allah memandangnya dengan pandangan penuh kasih.

8. Ya Fatimah, tiadalah wanita yang membentangkan alas tidur suaminaa dengan rasa senang hari melainkan para malaikat yang memanggil dari langit menyeru wanita itu agar menyaksikan pahala amalnya dan Allah mengampunkan dosanya yang lalu dan yang akan datang.

9. Ya Fatimah tidaklah wanita yang melayan suaminya selama sehari semalam dengan senang hati serta ikhlas melainkan Allah mengampunkan dosa-dosanya serta memakaikan pakaian padanya di hari kiamat berupaya pakaian yang serba hijau dan menetapkan baginya setiap rambut pada tubuhnya seribu kebaikan. Allah memberikan pahala kepadanya pahala seratus kali beribadah haii dan umrah.

10. Ya Fatimah, tidaklah wanita yang meminyakkan kepala suaminya dan menyikatkanya, meminyakkan janggut dan memotong misainya, serta memotong kukunya, melainkan Allah memberi minuman yang didatangkan dari sungai-sungai syurga. Allah mempermudahkan sakaratul maut baginya serta kuburnya menjadi sebahagian taman-taman syurga. Allah membebaskannya dari siksa neraka serta dapat melintasi siratul mustakim dengan mudah.         





www.minsyam.my 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...