Topologi rangkaian terbahagi kepada dua jenis iaitu:
- Topologi fizikal bagi suatu rangkaian merujuk kepada konfigurasi yang terdapat pada kabel, komputer dan lain-lain periferal (peripherals).
- Topologi logikal merupakan kaedah yang digunakan untuk memindahkan informasi atau maklumat di antara satu komputer dengan satu komputer yang lain yang terdapat di dalam stesen kerja.
- Topologi Bas atau Linear Bas (Bus or Linear Bus)
- Topologi Bintang (Star) atau Labah-labah (Spider)
- Topologi Gelang Token (Token Ring) atau Bintang Cecincin (Star-Wired Ring)
- Topologi Pepohon (Tree)
- Topologi Mesh
- Topologi Point-to-Point
- Topologi Hybrid
- Topologi Hierarki
- topologi Daisy Chain
1) Topologi Bas atau Linear Bas (Bus or Linear Bus)
- Menggunakan satu kabel yang panjang untuk menyambungkan kesemua sumber di dalam rangkaian tersebut.
- Mesej @ data yang dihantar akan pergi kepada semua komputer yang berada di dalam sistem rangkaian sebelum sampai ke komputer yang sepatutnya menerima data @ mesej tersebut.
- Komputer yang lain akan memeriksa sama ada alamat tersebut betul @ salah.
- Mudah menyambungkan sesebuah komputer kepada sesebuah topologi bus.
- Topologi ini amat mudah,murah serta senang untuk dikendalikan.
- Sebarang masalah pada mana2 nod berupaya menjadikan keseluruhan rangkaian tersebut gagal berfungsi.
- Titik pemula @ penutup diperlukan pada kedua-dua penghujung tulang belakang kabel tersebut.
- Sukar untuk mengendali pemasalahan yang dihadapi jika keseluruhan sistem gagal berfungsi.
- Tidak boleh digunakan sebagai satu-satunya jalan penyelesaian rangkaian utama di dalam sesebuah bangunan yang besar.
2) Topologi Bintang (Star)
Penerangan:- Menggunakan perkakasan pertengahan yang dipangggil HUB.
- Semua sumber di dalam rangkaian @ sistem jaringan akan bercantum dengan menggunakan HUB yang menjadi penghubung di antara sumber2 tersebut.
- Semua mesej yang disampaikan akan melalui HUB sebelum sampai ke destinasi yang sepatutnya.
- Apabila satu sumber mengalami kerosakan ia tidak menjelaskan topologi jenis star.
- Mudah untuk ditempatkan dan dipasang kabel ( wirering )
- Rangkaian tidak akan terganggu apabila salah satu daripada sumber dialih.
- Mudah untuk mengesan kesilapan dan kecacatan yang berlaku.
- Memerlukan kuantiti kabel yang lebih panjang berbanding dengan topologi bus.
- Jika HUB gagal berfungsi nod juga turut gagal untuk menjalankan tugasnya.
- Kos yang diperlukan adalah lebih tinggi berbanding dengan kos untuk topologi bus.
3) Topologi Gelang Token (Token Ring) atau Bintang Cecincin (Star-Wired Ring)
Penerangan:- Memerlukan beberapa sumber yang dicantumkan menjadi satu bentuk bulatan.
- Mesej @ data akan dihantar dari satu komputer kepada komputer yang lain dengan satu arah.
- Apabila sesebuah komputer menerima mesej @ data yang dihantar kepadanya , ia kemudiannya akan mengubah suai dan mengembalikannya untuk menunjukkan yang ia telah menerima mesej tersebut.
- Jika komunikasi terputus di antara 2 sistem bersebelahan satu lintasan alternatifdi antara 2 tempat ini boleh digunakan.
- Mudah ditempatkan dan dipasang kabel.
- Mudah untuk mengesan kesilapan dan kecacatan yang berlaku.
- Memerlukan kabel yang lebih panjang.
- Jika HUB gagal berfungsi,nod juga gagal berfungsi.
- Kos yang lebih tinggi daripada topologi
4) Topologi Pepohon (Tree)
Penerangan:- Gabungan Topologi Bas dan Topologi Bintang
- Mempunyai titik-ke-titik perkabelan untik setiap invidu segmen.
- Disokong oleh beberapa perkakasan dan perisian yang pelbagai iaitu saling melengkapi di antara satu sama lain.
- Secara keseluruhan, panjang setiap segmen adalah terhad mengikut jenis kabelyang digunakan.
- Jika tulang belakang atau kabel utama mengalami kerosakan, keseluruhan segmen tersebut turut lumpuh dan gagal untuk beroperasi.
- Lebih sukar dari segi pembinaan dan perkabelan berbanding dengan topologi-topologi yang lain. ATURAN 5-4-3Satu perkara yang perlu dipertimbangkan semasa membina rangkaian topologi pepohon melalui penggunaan protokol Ethernet ialah Aturan 5-4-3. Satu aspek di dalam protokol
http://en.wikipedia.org/wiki/Network_topology
http://puteri85.blogdrive.com/archive/12.html
http://halimaton.wordpress.com/2007/08/21/topologi-rangkaian/